Oleh Siti Aisyah binti Ramli
Unit Pembangunan Insan
Kelab Nisa' Gelang Patah
Gambar dari SINI |
Ramadhan merupakan titik tolak kepada perubahan diri seseorang ke arah yang lebih baik. Pakar psikologi menyatakan bahawa: jika manusia ingin mengubah sikapnya, hendaklah dia berterusan membiasakan dirinya dengan sikap yang baru selama 21 hari, inilah Ramadhan yang datang untuk membiasakan kita dengan sikap positif selama 30 hari! Semoga Ramadhan mampu membiasakan kita dengan sifat-sifat berikut:
1. Ikhlas... Puasa merupakan satu-satunya ibadah yang menjadi rahsia antara hamba dan TuhanNya. Ibadah yang khusus untuk Allah swt. Ibadah lain seperti sujud dan korban boleh dibuat selain kerana Allah tetapi kita tidak dapati seseorang puasa kecuali kerana Allah swt.
2. Sabar... Seorang muslim berlatih untuk bersabar dan memikul bebanan. Pada bulan-bulan lain mungkin kita selalu marah dan bersikap kurang sabar, tetapi dalam bulan Ramadhan kita akan bersabar sehingga waktu berbuka puasa.
3. Penyantun... Sekiranya seseoarang dicaci atau diejek, dia terus berkata: “Ya Allah aku sedang berpuasa”, maka ini melatih kita untuk menahan marah.
4. Disiplin dan ketepatan masa…Waktu adalah kehidupan, seperti yang dinyatakan Hassan al-Banna. Pada bulan-bulan lain kita jarang sekali melihat kepada jam waktu, tetapi dalam Ramadhan kita sentiasa meneliti waktu seperti sahur, berbuka puasa dan waktu azan.
5. Kesatuan ummah…Bilangan muslimin seluruh dunia mencapai 1 billion. Bayangkan jumlah yang sebegitu ramai bersama-sama berpuasa dan berkumpul untuk beribadah.
Selamat mencari barakah dalam Ramadhan!
Selamat mencari barakah dalam Ramadhan!
Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~
No comments:
Post a Comment