Wednesday, June 3, 2009

berlengan pendek ketika solat walaupun bertelekung? Kenape? Tak boleh ke?

PERTAMA

Assalamualaikum buat tetamu ziarah. Saya ingin kongsikan persoalan yang mungkin telah mengelirukan beberapa pihak tentang pemakaian telekung bagi kaum wanita ketika solat. Solat adalah wajib bagi kita yang bergelar Muslim. Tidak kira dengan apa cara sekalipun solat wajib ditunaikan. Namun ada sesetengah orang yang meringan-ringankan solat dengan alasan yang bermacam-macam termasuklah tiada telekung untuk mengerjakan solat. Di bawah ini ada soalan dan penjelasan tentang pemakaian telekung.

solat2

Soalan:

Saya lihat sekarang ada orang perempuan yang solat tak pakai telekung. Dengan memakai tudung biasa, baju labuh dan seluar, tetapi saya lihat dia memakai stoking. Bolehkah perempuan solat dengan pakian demikian?

Jawapan:

Yang penting dalam syarat sah solat ialah menutup aurat. Kaki aurat, seluruh badan aurat kecuali muka dan tapak tangan. Jika seseorang itu menutup auratnya tidak kira dengan apa pakaian sekalipun, maka solatnya dikira sah walaupun dia tidak memakai telekung.

sumber: Ustaz Fadzli al-Yamani


KEDUA

Soalan beserta jawapan


Saya pakai telekung waktu solat, tetapi berlengan pendek, berseluar panjang dan hanya memakai skaf untuk menutupi rambut saya. Namun, ibu saya tegur, tak sah solat sebab menampakkan aurat juga walaupun saya bertelekung. Saya tanya, kenapa? Ibu saya kata, telekung kita warna putih kebanyakkannya dan fitrahnya warna putih ni transparent- penglihatan telus ke dalam (lainlah kalau pakai telekung 7 lapis -pasti tebal).

Disebabkan kejarangan telekung tersebut, maka saya dikatakan tidak lengkap menutup aurat (sebab baju lengan pendek dan pakai skaf saja. Lengan pendek menyebabkan aurat tangan saya masih nampak disebabkan kejarangan telekung tersebut. Leher juga ternampak bayang-bayangnya kerana keterjarangan telekung tersebut) Ibu saya kata, pakaian saya masih incomplete untuk dibawa solat kalau begitu lah gamaknya. Tak sah solat sebab masih tidak sempurna aurat ditutup. Jadi ibu saya sarankan supaya saya pakai baju lengan panjang dan pakai tudung kecil di dalam sehingga menutup semua yang tak tertutup tadi. Sekarang baru saya faham bahawa berlengan pendek dan memakai skaf sahaja masih tidak sempurna dibawa ke solat. Terima kasih ibu -nina-


KETIGA

Soalan :


Apakah doa supaya hati kita sentiasa tenang daripada gangguan bisikan syaitan serta khusyuk dalam sembahyang.


Jawapan :


Antara doa yang boleh diamalkan supaya hati kita sentiasa tenang ialah :


أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

Amalkan Surah An-Nas


Dapatkan segera!

Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~

2 comments:

madam said...

hmm..selalu jer x perasan kite kadang2 amek remah dlm pakaian solat..
terutama hal kebersihan..
terima kasih atas perkongsian.. :)

Nurul 'Uyun Binti Ahmad said...

madam : moge2 ianya bermanfaat...kebersihan ialah terhindar daripada najis dan perkara2 yang membatalkan wudhu' dan solat. Jika bermusafir atau panjatgunung, ada rukhsah solat dan boleh pakai pakaian tersebut walaupun kena lumpir atau rumput. Namun yang ada najis, kena hindarkan dulu...