Peserta final bergambar bersama-sama AJK pertandingan
15 April yang lalu, Kelab Nisa' Gelang Patah bersama-sama Persatuan Wanita Prihatin (PERWANIN) Johor telah mengadakan Pertandingan Bowling Wanita Piala PERWANIN 2012. Pertandingan tersebut yang bertempat di Angsana Bowl, Plaza Angsana, Johor Bahru bermula pada jam 10.30 pagi dengan jumlah peserta seramai 60 orang. Menurut Ahli Jawatan Kuasa (AJK) pertandingan, Saudari Husna Aimi, peserta yang datangnya daripada pelbagai peringkat umur dari seluruh kawasan Gelang Patah tersebut telah mendaftar seawal sebulan sebelum pertandingan lagi.
Antara peserta yang bertanding
Antara peserta yang bertanding
Antara peserta yang bertanding
Antara peserta yang bertanding
Peserta turut membawa anak-anak bersama ke Angsana Bowl
Pengerusi PERWANIN, Puan Noraini menyampaikan hadiah pemenang tempat pertama, Cik Jun
Hadiah tempat pertama, kedua, dan ketiga diberikan kepada pemenang dengan jatuhan pin terbanyak setelah berjaya memasuki final. Puan Noraini, selaku Pengerusi PERWANIN Johor mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada para peserta serta AJK pertandingan yang menjayakan perlawanan hingga ke akhirnya. Pertandingan Bowling Wanita Piala PERWANIN 2012 ini dirasmikan oleh penasihat PERWANIN Johor, Tuan Hj. Dzulkifley bin Ahmad.
Alhamdulillah. 26 Oktober 2011 yang lalu, Kelab Nisa' Gelang Patah telah menganjurkan program Bicara Buku "Fikh Kerahsiaan Wanita", di mana penceramah yang berkongsi ilmu dari jam 9 pagi hingga 12.30 tengahari itu ialah Ustaz Fauwaz Fadzil. Pendaftaran yang bermula jam 9 pagi telah mengumpulkan lebih 200 orang peserta dari segenap lapisan umur dan jantina.
Program yang diadakan pada cuti Hari Deepavali itu tidak lain tidak bukan adalah bertujuan untuk memberi penjelasan dengan lebih terperinci mengenai buku terjemahan Ustaz Fauwaz Fadzil, "Fikh Kerahsiaan Wanita". Beberapa bab dalam buku tersebut dikupas oleh ustaz sebelum bermulanya sesi soal jawab di akhir program. Cabutan bertuah turut diadakan di penghujung program sebagai menghargai para peserta yang hadir ke program yang diadakan di Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti ini.
Pengarah program, saudari Ainul Hakimah menyampaikan cenderahati pernghargaan kepada Pengarah Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti
Ustaz Fauwaz Fadzil memenuhi hajat peserta yang mahu mengambil tandatangan
AJK program mengambil gambar kenangan bersama Ustaz Fauwaz Fadzil
Kelab Nisa' Gelang Patah, diketuai oleh saudari Ainul Hakimah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Ustaz Fauwaz Fadzil, pihak Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti, semua AJK program dan para peserta yang bersama-sama menjayakan program ini. Semoga lebih banyak program seperti ini mendapat sambutan dari masyarakat setempat pada masa akan datang.
Alhamdulillah. Pagi tadi, Unit Kebudayaan dan Sukan (UKS) Kelab Nisa' Gelang Patah telah mengadakan program Nisa' in the Morning (NITM) di taman sebelah Jusco Taman Universiti, Skudai.
Program yang bermula seawal 8 pagi itu disertai oleh ahli Nisa' GP sendiri, dan beberapa orang sahabat Nisa' GP yang lain. NITM diadakan bertujuan untuk menerapkan budaya hidup sihat di kalangan ahli Nisa' GP dan masyarakat. Aktiviti dimulakan dengan warming up yang diketuai oleh saudari Afzani dari UKS sebelum sahabat-sahabat Nisa' GP memulakan jogging dan bersenam di sekitar taman tersebut.
Warming up
Warming up diketuai oleh saudari Afzani
Sarapan selepas senaman
Sarapan bihun goreng ditaja oleh UKS
Ukhwah terbina, moga kekal selamanya
Semoga aktiviti NITM dan yang sewaktu dengannya akan diadakan lagi pada masa akan datang, dan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada sahabat-sahabat Nisa' GP yang lain.
Alhamdulillah, Khamis minggu lepas, bersamaan dengan 28 April 2011, Nisa' GP telah mengadakan program khas untuk mahasiswi tahun akhir di rumah Ketua Nisa' GP, kak Rozita Abdul.
Program yang bermula jam 5.30 petang itu dinamakan sebagai Jalinan Kasih. Seramai 15 orang mahasiswi tahun akhir dari pelbagai fakulti di UTM menyertai program tersebut. Program Jalinan Kasih ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan ukhwah sesama sahabat Nisa' GP dan memberikan kefahaman tentang unit-unit di dalam kelab Nisa' kepada para peserta.
Aktiviti petang itu dimulakan dengan sesi taklimat dan pembahagian kumpulan sebelum peserta mula bergerak ke checkpoint explorace.
AJK program turut menyediakan BBQ untuk peserta yang hadir setelah bertungkus lumus menyiapkan tugasan kumpulan dalam aktiviti explorace.
Sesi penyampaian cenderahati kepada para peserta dan AJK program turut diadakan di akhir program sebagai tanda penghargaan kepada semua yang menjayakan program Jalinan Kasih kali ini.
Sahabat Nisa' GP mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan program ini. Semoga hati-hati yang berkumpul dan berpisah kerana Allah ini terus tetap dalam perjuangan setelah keluar dari ruang universiti kelak. Insya'Allah.
Sempena Majlis Konvoksyen kali ke-45 UTM Skudai, Nisa'GP bersama dengan Nisa' Johor tidak melepaskan peluang untuk berkampung selama seminggu bermula 22 hingga 29september 2010.
Selain bertujuan mempromosi Kelab Nisa' Malaysia, kami juga berhasrat untuk lebih mendekati masyarakat selari dengan visi dan misi Kelab Nisa' Malaysia.
Justeru, kami amat berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada pihak PENAJA konvokesyen kali ini dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi mandat dan kepercayaan kepada kelab ini.
Temui kami di gerai P09!!
Selain pameran dan jualan, kami juga menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik untuk disertai!
Tag Nama Nisa'GP Ramadhan Tour (Design By : Hasni & Sunnah)
Destinasi "Explorace":
Stesen Keretapi Kempas Baru
KL Sentral
Masjid KLCC
Menara KLCC
Masjid Jamek
Pasar Ramadhan Jalan TAR
Hotel Putra KL
Istana Budaya KL
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah kerana dengan izin dan kehendak-Nya NISA’ GP Ramadhan Tour 2010 telah berjaya dilaksanakan pada 4 dan 5 Ramadhan yang lalu. Bermatlamatkan ukhuwwah Islamiyyah, program 2 hari 2 malam ini telah disertai seramai 22orang ahli NISA’ GP, dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil. Seawal jam 11.30 malam peserta-peserta telah berkumpul di stesen keretapi Kempas Baru untuk pembahagian juadah sahur dan barang amanah. Perjalanan kami telah diringi oleh bacaan doa oleh Saudara Syed Hafiz (Suami epada Syifa',salah seorang ahli Nisa' yang turut serta). Tepat jam 12.10 pagi, kami telah memulakan perjalanan.
Sahur jangan tak sahur...
Di dalam keretapi, setiap ketua kumpulan telah diberi 'Task 1' iaitu Tadarus sebanyak 7 juzuk setiap kumpulan berserta 'Task 2' iaitu perjalanan ke check point seterusnya setelah tiba di KL Sentral. Berserta dengan 'Task 2', setiap kumpulan telah dibekalkan dengan seuncang duit syiling yang berjumlah RM50 untuk kegunaan mereka dalam menaiki kenderaan awam sepanjang perjalanan dari satu checkpoint ke checkpoint seterusnya.
Tadarus di pagi hari
Alhamdulillah, pada pukul 7.30 pagi, kami telah tiba di KL Sentral dan masing-masing telah bergerak mengikut kumpulan menuju ke checkpoint berikutnya, iaitu Masjid KLCC. Di sana, peserta diberi peluang untuk berehat, membersihkan diri, menunaikan Solat Dhuha, serta mengisi waktu senggang dengan bertadarus. Tepat jam 9.00 pagi, setiap peserta ke checkpoint ke-3, Taman KLCC untuk acara yang dijadualkan dan telah diselenggara oleh Unit Pembangunan Mahasiswa (UPM). Walaubagaimanapun, atas beberapa kekangan, slot tersebut telah diambil alih oleh pihak urusetia. Dalam acara tersebut, kumpulan kecil dibubarkan dan kami bermain acara “kumpulan wang” dimana setiap ahli telah diberi nilai matawang. Apabila pihak urusetia (kak zie) menyebut suatu nilai, setiap ahli harus berusaha membentuk kumpulan dimana jumlah nilaian ahli-ahli nya adalah seperti yang disebut. Kumpulan yang tidak berjaya akan didenda oleh kumpulan yang pertama selesai.
Denda yang membina
Dalam slot ini juga, kumpulan-kumpulan kecil telah diminta menghasilkan trademark kumpulan mereka. Maka, terhasillah kumpulan bernama
“Ibtisam”
“Srikandi Sumayyah”
“New Moon”
“JHARI”
Setelah acara di Taman KLCC tamat, setiap kumpulan telah diberi masa selama 2 jam untuk menyelesaikan Task 3 dan membeli cendehati. Setiap kumpulan harus menuju ke bangunan KLCC untuk mencari 5 unit hadiah. Kategori hadiah yang dibeli adalah berbeza mengikut kumpulan, sama ada berasaskan Kertas, Plastik, Makanan, dan Kaca. Kesemua peserta kemudiannya menuju ke Masjid KLCC untuk rehat, serta menunaikan solat Zuhur dan Asar.
Meneruskan tugasan
Acara seterusnya telah berlangsung pada pukul 2-3 petang yang mana slot ini telah dikelolakan oleh Unit Pendidikan dan Kerjaya (UPK) . Manik-manik yang dibekalkan oleh UPK diarah untuk diolah menjadi gelang tangan yang insyaAllah akan menjadi produk Nisa’ GP dan dikomersilkan. Dalam slot ini juga, setiap peserta tidak dibenarkan bercakap sesama mereka. Tujuan peraturan ini adalah untuk membantu setiap peserta lebih fokus dan kreatif dalam menyiapkan hasil tangan mereka. Strategi ini kelihatannya berjaya, dimana selain sungguh menarik, banyak produk dapat dihasilkan dalam jangka waktu yang singkat sehinggakan benang yang dibekalkan tidak mencukupi!
Kerjasama!
Sebahagian kreativiti peserta
Setelah selesai slot UPK, Slot UKK (Unit Kebajikan dan Kaunseling) mengambil tempat. Selama hampir setengah jam telah diperuntukkan untuk Ketua UKK memberi taklimat kepada peserta berkenaan aktiviti yang bakal dilangsungkan. Tugasan yang diberi adalah menemuramah beberapa responden berkenaan tema yang khusus.
Wanita & Kredibiliti: Penubuhan Sekolah Hamil & ‘Hatch Baby (Pro Dan Kontra)
Wanita & Ekonomi : Mengasuh anak di rumah atau Mencari nafkah?
Wanita & Tatacara : Gejala Sosial & Penutupan Aurat yang Semakin Diabaikan
Lokasi temuramah adalah di tempat yang sama dengan Task 4, dimana tugasannya adalah MEMBELI MAKANAN untuk berbuka, di Bazar Ramadhan Jalan TAR. Tepat jam 3.30, kesemua kumpulan telah mula bergerak ke Jalan TAR.
Temuramah responden
Seusai tugasan oleh UKK dan Task 4 di Bazar Ramadhan Jalan TAR, setiap kumpulan harus ke tempat penginapan, berdasarkan klu ‘bangunan yang bersebelahan dengan Hospital Pusrawi di Jalan Tun Razak’. Pada jam 6.00 petang, kesemua kumpulan telah selamat tiba di tempat penginapan, iaitu Hotel Putra KL. Setiap peserta telah berbuka puasa bersama-sama, dengan juadah yang dibeli di Bazar Ramadhan berdasarkan Task 4 yang diberi.
Solat Maghrib, Isya’ dan Terawih telah selamat ditunaikan di Surau Hotel Putra tersebut. Pada jam 9.30 malam, aktiviti seterusnya, iaitu Pidato mengambil tempat. Acara ini diadakan dengan matlamat mencungkil bakat-bakat terpendam peserta selain menyediakan ahli-ahli Nisa’ ke arah melahirkan pendakwah muslimah professional dan kontemporari. Seramai 5 peserta mengambil bahagian, seorang daripada kumpulan New Moon, dua orang daripada kumpulan Ibtisam, seorang daripada kumpulan JHARI, dan seorang daripada kumpulan Ibtisam.
K.Na (Ibtisam)
Rasyidah (New Moon)
Masdiana (Ibtisam)
Syifa' (Srikandi Sumayyah)
*Tiada dalam gambar, Afzani (JHARI)
Sebelum semua peserta melelapkan mata merehatkan jasad dan minda, Unit Pembangunan Insan (UPI) mengisi ruang dan masa. Acara berbentuk muhasabah kendiri tersebut telah mengajak semua peserta membersihkan hati setelah seharian bersama sahabat-sahabat melaksanakan tugas dan berkongsi rasa. Alhamdulillah, NISA’ GP Ramadhan Tour 2010 telah selamat melabuhkan sebahagian tirainya dengan berakhirnya slot daripada UPI.
Mesti Peka! Pengetahuan penting!
Aktiviti keesokannya dimulakan pada jam 8.30 pagi..semua peserta bergerak beramai-ramai menuju ke laman istana budaya untuk 3 aktiviti, iaitu slot UKS (Unit Kebudayaan dan Sukan), Secret Game dan Muhasabah Program. Slot UKS bermula dengan pembahagian semua peserta termasuk urusetia kepada dua kumpulan besar. Setiap kumpulan diberi tugasan untuk menyenaraikan seberapa banyak peribahasa melayu yang diwarisi dalam masa 15 minit. Akhirnya, acara regu mengambil tempat.
Khusyuk!
Seusai acara daripada UKS, program diteruskan dengan Secret Game. Dalam masa 15 minit, semua kumpulan (Ibtisam, New Moon, Srikandi Sumayyah, dan JHARI) harus menghasilkan produk origami dan ketupat. Kemudian, kumpulan-kumpulan tersebut harus mempersembahkan produk yang dihasilkan dengan cara yang paling kreatif. Ada yang berbentuk cerita pendek atau drama, mahupun iklan.
Ade-ade aje..
Kemuncak program, adalah muhasabah dan resolusi. Kelemahan, kekurangan, malah kepuasan hati telah dilontarkan buat semua agar program yang bakal dilaksanakan pada waktu yang lain dapat diperbaiki. insyaAllah.
Muhasabah & resolusi
Berakhirnya muhasabah dan resolusi menandakan Nisa’ GP Ramadhan Tour 2010 bakal tiba ke penghujungnya. Setelah check-out daripada penginapan, para peserta bergerak menuju ke KL Sentral. Pada jam 3.10 petang, kami telah bertolak pulang setelah dua kali jadual perjalanan kami di-delay. Alhamdulillah, kami selamat tiba di Stesen Keretapi Kempas Baru pada jam 8.30 malam.
Tadarus semasa menunggu pulang
Sayonara!
Alhamdulillah, juga jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program permusafiran Nisa’ GP ini. Terima kasih buat sahabat-sahabat Nisa’ GP yang telah mendoakan keberhasilan program ini. Alfu syukran ilaikunna...
Oleh : Ainul Hakimah Binti Karim (Setiusaha Program)
Dari Admin : "Ya Allah, sesuangguhnya Sirah Rasulullah, BADAR 313, memotivasikan kami bahawa perjuangan tidak pernah mengira penat!"