Sunday, May 1, 2011

Selamat Pengantin Baru Kepada Sutinah A. Safar

Alhamdulillah. Salah seorang sahabat Nisa' GP, saudari Sutinah telah selesai melangsungkan majlis pernikahan pagi tadi di rumah keluarganya di Gelang Patah.


Majlis yang bermula seawal 9.00 pagi itu dihadiri oleh kaum kerabat dan sahabat-handai dari jauh dan dekat. Lafaz akad nikah dengan sekali lafaz oleh pengantin lelaki, saudara Rashid, telah menyatukan kedua pasangan mempelai dengan disaksikan oleh para tetamu yang hadir. Alhamdulillah.

Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup

Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu

Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Menongkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal keanak cucu
Moga kekal hingga ke syurga

-Hijjaz-

Sahabat-sahabat Nisa' GP mengucapkan selamat melangkah ke alam rumahtangga, dan mendoakan agar masjid yang dibina di jalanNya berkekalan hingga ke syurga. Ameen.

Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~

4 comments:

bersama kak Es said...

alerr..satu je gambar? letak la 3 ke, 4 ke..
tengok Islamic Wedding :)

Sunah Mohammad said...

satu je kak..yang lain tu..hahhaa~ tunggu tuannye yeee...

aliarosli said...

heh, baru nak tengok banyak2

nak kawen gak!

Sunah Mohammad said...

alia: satu je gambo..hehe..

nak kawen gak ke??? awak tu baby lagi...hehe..