Monday, July 27, 2009

NISA' in the MORNING (NITM)

Laporan disediakan oleh Noor Jawahir Bt A.Raman (UKK)


Alhamdulillah, pada 26 Julai 2009, Nisa G.P telah menganjurkan program 'NISA IN THE MORNING' (NITM). Program ini telah diadakan pada 7 pagi hingga 2 petang, di Taman Mutiara Rini. Alhamdulillah kehadiran 17 orang ahli-ahli Nisa' G.P telah memeriahkan program ini. Matlamat utama NITM adalah untuk melahirkan generasi NISA' G.P yang mengamalkan cara hidup sihat dan aktif dalam kehidupan harian.

Antara aktiviti menarik yang telah dilakukan;

Sempat lagi posing bergambar selepas melakukan aerobik dengan orang awam secara berkumpulan.


Skuad Nisa G.P sedang melakukan senaman tradisional cina iaitu Tai-Chi. Dengan diketuai oleh Aina, ketua BS, kami telah melakukan Tai-Chi sebanyak 2 pusingan. Bagi penulis, senaman ini memang berbeza daripada senaman2 lain kerana ia melatih kita untuk membaiki cara pernafasan kita supaya berfungsi dengan lebih baik dan gerakannya memang perlahan. Kiranya, bagi sesiapa yang jarang bersenam atau memang tidak pernah bersenam, otot-otot badannya tidak akan 'terkejut'. Jadi kecederaan otot badan dapat dielakkan dan badan pun sihat.

Tolak, jangan tak tolak.

Sesi taaruf ahli-ahli Nisa' G.P dalam halakah pagi. Setiap ahli wajib memperkenalkan diri, memberitahu perkembangan semasa masing-masing dan wajib menjawab soalan spontan dari ahli Nisa' G.P. Selain itu, kami turut berbincang tentang isu-isu semasa.


Alhamdulillah, setelah penat beriadah di pagi hari, ahli-ahli Nisa' G.P telah dijamukan dengan nasi ayam penyek di U Mall.


Sesi kedua skuad Nisa' G.P makan. Sesi makan makanan ringan sahaja (kaya ball, chocholate wafer sambil tunggu sahabat2 lain membeli handset baru di Handset Fair di U Mall @ Gaint, Taman Universiti.

Last but not least, penulis berharap NITM diadakan secara berterusan dan komitmen ahli-ahli Nisa' G.P amat diharapkan.

::STRIVE FOR MARDHATILLAH::

Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~

Sunday, July 19, 2009

Kembara Nisa' ke Kebun Buah

Musim buah hampir berlalu. Masih kelihatan ramai penjaja membuka gerai terutama sekali di tepi-tepi jalan bagi mengabiskan buah-buahan masing-masing. Buah durian, rambutan dan manggis menjadi rebutan para pembeli apabila tiba musim buah ini.


Team Nisa' kali ini tidak melepaskan peluang untuk menikmati suasana dan musim buah c- buahan ini. Kami telah berada di perkampungan Pekan Nenas pada hari Ahad, 19 Julai 2009 untuk mengutip buah-buahan di kebun Mak Cik yang amat baik hati :)



Akhirnya Team Nisa' pulang dengan hati yang senang dan gembira pada petang itu. Alhamdulillah, banyak buah-buahan yang telah kami perolehi, rezeki la katakan. ;) Antaranya buah rambutan, pulasan, rambai dan durian.




Insyaallah, kami akan kembali lagi ke kampung ini bagi melaksanakan matlamat dakwah kami. Kembara Nisa' kali ini lebih kepada untuk melihat situasi dan keadaan perkampungan, menuntut serba sedikit ilmu, bertukar-tukar cerita dengan Mak Cik mengenai keadaan kampung tersebut dan lebih kepada aktiviti santai kami di hujung minggu. Moga Allah terus melimpahkan rezeki kepada Mak Cik. Insyaallah. Terima Kasih yang tidak terhingga dari kami Team Nisa' Gelang Patah.

Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~

Monday, July 13, 2009

JUMBLE BUNDLE SALE

Laporan oleh : Cik Jawahir



Pada 11 Julai 2009 (Sabtu) baru-baru ini, telah diadakan Jumble Bundle Sale di Dewan Pengajian Al Razi. Team Nisa' kali ini telah mengambil peluang bersama-sama untuk menjayakan program ini. Jumble Bundle Sale telah dibuka seawal 10 pagi sehinggalah ke jam 4 petang. Jualan Jumble Bundle Sale ini adalah lebih berbentuk jualan amal, antara barang-barang yang dijual pada kali ini ialah pakaian, barang mainan, pinggan mangkuk, beg dan kasut.

Team Nisa' telah membuka gerai Nisa Catering bagi menambah dana Nisa'. Antara makanan yang telah dijual di gerai Nisa' Catering adalah Nisa Sandwich, Nisa Nugget, Daging Burger dan Nisa' Sosej. Cik Hasnizom dan Cik Husna sibuk menggoreng menu Nisa' di luar Dewan Pengajian Al-RAzi.

Seawal jam 8.30 pagi, Team Nisa' telah membuat persediaan bagi membuka gerai Nisa' Catering

Kelihatan Kak Zie dan Che' An sedang menghias khemah di luar Dewan Pengajian Al-Razi
Kira-kira jam 10 pagi, kelihatan makcik-makcik, pakcik-pakcik bersama anak-anak mereka memenuhi Dewan Pengajian Al-Razi bagi memeriahkan lagi Jumble Bundle Sale ini.


Kira-kira jam 11 pagi pertandingan mewarna telah dijalankan untuk anak-anak yang datang bersama ibu bapa mereka. Sementara ibu bapa mereka memilih barang-barang yang dijual pada pagi itu, anak-anak mereka berusaha mewarna bagi mendapatkan hadiah-hadiah yang telah disediakan. Peserta telah dibahagikan kepada 3 kategori mengikut peringkat umur. Cik Jawahir dan Adik Zafirah juga tidak ketinggalan menyertai pertandingan mewarna ini :)

Kak Wan telah dijemput untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang. Antara koleksi terbaik dan menarik, hasil adik-adik yang menyertai pertandingan mewarna.




Kak Na tidak ketinggalan untuk membuka gerai Busana Muslimah beliau.Produk Ana Edar juga ada dijual di Jumble Bundle Sale ini.


Team Nisa' berganding bahu membersihkan tempat selepas program berakhir. Jumble Bundle Sale kali ini berakhir kira-kira jam 4 petang.
Dari kiri; Kak Zi selaku ketua program, Cik Jawahir, Che' An, Cik Hasnizom
Adik Zafirah dan Cik Husna juga tidak ketinggalan mengemas tempat program. Moga Jumble Bundle Sale kali ke 2 dapat dijalankan pada hari-hari yang akan datang. Alhamdulillah program kali ini berjaya dan berjalan lancar segalanya. Terima Kasih yang tidak terhingga kepada Team Nisa' yang telah sama-sama menjayakan program ini. Moga usaha kita semua mendapat ganjaran disisinya.

Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~

Friday, July 10, 2009

Persediaan Jumble Sale

Persdiaan Jumble Sale telah dijalankan sebelum hari jualan tiba. Team Nisa' telah bersama-sama membantu mengemas dan menyusun barang-barang jualan.







Tahniah kepada semua kakitangan Nisa' yang terlibat dalam menjayakan Jumble Sale tersebut. Semoga usaha kita mengumpulkan dana buat persatuan diberkati Allah jua. Ameen
Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~

Wednesday, July 1, 2009

Salam Rejab : Bulan sinergi kita!

Sakinah berkata...

Assalamualaikum..

Harap ustaz boleh jelaskan tentang di bawah ini. Terima kasih.

Bersabda Rasulullah s.a.w. maksudnya "Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku." Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata kerana mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. maksudnya,

i. Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredaan Allah.

ii. Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah.

iii. Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan oleh Allah dari dugaan dunia, diselamatkan dari penyakit merbahaya dan diselamatkan dari disiksa di akhirat kelak serta dari fitnah dajjal.

iv. Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahannam baginya.

2009 Jun 25 19:10

IbnuNafis berkata...

wa'alaikumussalam warahmatullahi wa barokatuh sakinah.

Tentang Sabda RasulluLlah : Rejab adalah bulan ALlah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku ada perbahasannya di sini :

http://al-ghari.blogspot.com/2007/12/salah-faham-terhadap-keistimewaan-rejab.html

Manakala mengenai ganjaran yang disebutkan di bawah, maaf.. saya tidak tahu..

Wallahualam.
Diambil dari http://jomfaham.blogspot.com/2009/06/berpuasa-di-bulan-rejab.html
Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~