Oleh
Haniza Lsmn
Unit Pendidikan & Kerjaya
Kelab Nisa' Gelang Patah
ORANG KATA PENIAGA KECIL MELAYU DI MALAYSIA SUSAH NAK BERNIAGA… BETUL KE???
Gambar dari SINI |
Kawan-kawan, berniaga ini ada turun naiknya. Bisnes ini satu yang dinamik, sentiasa berubah, persaingan dari segi saiz, bentuk dan intensitinya yang akan sentiasa berubah. Perlunya fleksibiliti untuk menyesuaikan dengan perubahan yang ada disekeliling. Kalau boleh, perlu golongan peniaga kecil Melayu di Malaysia bersatu. Lihat dewan perniagaan Cina, lihat pemborong mereka, lihat persatuan pemborong mereka. Bagaimana mereka mampu mengawal penawaran sesuatu barang/produk dengan cara bersatu. Kita jarang-jarang tiru macam tu. Yang selalu peniaga melayu buat adalah menjatuhkan perniagaan orang lain. Hmm…
Cuba kita lihat artikel “Peniaga Kecil Melayu Sedang Dalam Kesusahan” dalam akhbar Kosmo mengatakan perniagaan peniaga kecil ketika awal 2010 dihimpit keperitan sebaik 2009 membuka tirai. Mereka menyangka dapat membawa pulangan modal dan keuntungan memberangsangkan seperti yang mereka perolehi sekitar tahun 2008.
Dalam bisnes, otak mesti kena ligat, kalau tidak susah untuk maju. Pembekal contohnya bukan satu sahaja di dunia. Baiklah, kita kecilkan skopnya. Bukan satu sahaja pembekal di Malaysia. Lagipun bisnes, bukan terikat kepada satu cara sahaja. Dalam bisnes semua benda kena jalan. Cuba lihat syarikat maju yang ada pada hari ini. Mereka bukan terikat pada satu sumber atau pembekal sahaja. Pokok pangkalnya kalau nak maju dalam bisnes otak kena ligat. Dalam bahasa mudahnya, kalau merasakan diri tidak mampu berfikir untuk memajukan perniagaan sendiri boleh sahaja meminta nasihat daripada yang lebih layak. Sekurang-kurang kita mempunyai usaha untuk menjadi lebih maju dibandingkan dengan hanya merunggut-merungut, dalam pada masa yang sama nasib tidak dapat berubah.
Contohnya kalau otak tak ligat, jangan haraplah si Donald Trump yang sudah beberapa kali mengistiharkan diri beliau pernah muflis untuk bangkit jikalau tidak kerana semangat dan usaha tidak berputus asa dan kembali berjaya dan kaya seperti yang ada sekarang. Minta maaf kalau boleh kita katakan, sebahagian besar perniaga Melayu cepat berpatah hati apabila ditimpa sesuatu dan tidak pernah mencari jalan penyelesaian. Bukan niat untuk menjatuhkan bangsa sendiri. Kita pasti suka melihat bangsa sendiri lebih berjaya. Tetapi, kalau mereka sendiri tak nak berubah, bagaimana???
Senario biasa… Apabila peniaga asing, contohnya daripada Indonesia buka kedai di sebelah-menyebelah. Mula hendak sakit hati. Sepatutnya kita kena bersyukur dan ambil saingan yang ada dalam bentuk yang positif. Masa itulah perubahan diperlukan. Cari dan kaji apa yang orang suka. Lihat Kentucky Fried Chicken, dahulu sejarah penubuhannya bukan boleh main senang-senang terus maju sahaja. Berapa banyak kedai dia(Kolonel Sanders) pergi untuk yakinkan orang suruh jual produk ayam goreng dia. Bukan sekejap malah telah 1000 kali resepi beliau ditolak. Dia mengambil masa yang lama untuk menjadi Kentucky Fried Chicken seperti yang ada sekarang. Adakah dia berputus asa??? Kita wajib mencontohi dan menjadikan mereka yang sudah berjaya sebagai role model dan bukannya cepat dengki-mendengki antara satu sama lain.
Seterusnya layanan. Ini paling penting. Tak perlu saya nak banding-bandingkan layanan antara sesama peniaga. Anda lebih memahaminya. Sekali lagi, aku suka bangsa Melayu lebih maju dalam perniagaan tetapi dengan usaha yang tidak seberapa, hubungan dengan pelanggan seperti "hangat-hangat tahi ayam”, bagaimana hendak maju. Satu lagi jangan mengharap pelanggan untuk datang semata apabila membuka kedai. Kita sendiri yang “mencari pelanggan”.
Tidak lupa juga penguatkuasaan perlu dipertingkatkan, kadang-kadang peniaga asing yang ada datang ke Malaysia memang cara sah, tetapi pasport mereka yanya untuk tujuan melancong sahaja. Kalau nak meniaga mesti ada permit. Ini tidak, selamba aja mereka-mereka ini meniaga tanpa permit, tidak risau atau takut dengan penguatkuasa undang-undang. Memang tidak dinafikan banyak peniaga kecil Melayu yang gagal disebabkan kedatangan peniaga asing. Hari ini buat serbuan, esoknya akan penuh semula. Jika penguatkuasaan tegas dan berprinsip, mungkin masalah ini dapat dikurangkan daripada masa ke semasa. Jadi, pandai-pandailah bawa diri..
Mari kita muhasabah diri, lihat semula mengapa orang tidak datang ke kedai kita dan sanggup pergi ke kedai lain?
- Muka masam mencukakah?
- Tak mesra pelanggan kah?
- Harga mahal mencekik darahkah?
- Ambil sikap ambil lewa ketika meniaga/tidak sembahyang /tidak bayar zakat kah ?
Lihat Chow Kit Road, Petaling Street dan Jalan Mesjid India. Tahun 70an dan 80an, kawasan Jalan Chow Kit termasuk kawasan sekitar Jalan Raja laut, Lorong Hj Taib, Jalan Tunku Abdul Rahman merupakan kawasan perniagaan Kuala Lumpur yang pesat, maju dan terkenal dan dipenuhi dengan peniaga-peniaga kecil Melayu terutama yang datang daripada Kelantan, setanding dengan kawasan perniagaan org Cina di Jalan Petaling @ China Town dan kawasan perniagaan orang India di Jalan Masjid India. Itu dahulu. Lihat situasi sebenar yang berlaku pada hari ini. Sekarang ini semuanya sudah tukar kepada warga asing Indon. Bagaimana pula dengan Lorong Haji Taib hari ini???
Dimana kita kawan-kawan??? Terus menjadi pesalah sosial @ penganggur terhormat atau paling kurang kerja makan gaji? Peranan kitalah menggantikan orang-orang itu. Tidak kiralah kita Cuma ada SPM? Ijazah? Master? Atau apa sahaja taraf kita, kita boleh berniaga. Kerana yakinlah, bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda tentang 9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan.
Jadi.. BERUSAHALAH! Orang yang berusaha untuk mendapatkan sesuatu lebih mulia daripada yang hanya menunggu takdir tiba kepadanya. Allah amat menyayangi orang-orang yang rajin berusaha.
Petikan asal:
http://beritasemasa.com/peniaga-kecil-melayu-di-malaysia-susah-nak-berjaya
Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~
No comments:
Post a Comment