Menurut Imam As-Syafie hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini.
“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka..." (Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)
Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang ke arah kejahatan walau pada ketika syaitan dibelenggu. Jadi dalam 1 bulan inilah kita harus mengambil peluang utuk menyucikan segalanya.
Selamat beramal ibadat dengan penuh ketenangan di bulan Ramadhan!
Ramadhan merupakan titik tolak kepada perubahan diri seseorang ke arah yang lebih baik. Pakar psikologi menyatakan bahawa: jika manusia ingin mengubah sikapnya, hendaklah dia berterusan membiasakan dirinya dengan sikap yang baru selama 21 hari, inilah Ramadhan yang datang untuk membiasakan kita dengan sikap positif selama 30 hari! Semoga Ramadhan mampu membiasakan kita dengan sifat-sifat berikut:
1. Ikhlas... Puasa merupakan satu-satunya ibadah yang menjadi rahsia antara hamba dan TuhanNya. Ibadah yang khusus untuk Allah swt. Ibadah lain seperti sujud dan korban boleh dibuat selain kerana Allah tetapi kita tidak dapati seseorang puasa kecuali kerana Allah swt.
2. Sabar... Seorang muslim berlatih untuk bersabar dan memikul bebanan. Pada bulan-bulan lain mungkin kita selalu marah dan bersikap kurang sabar, tetapi dalam bulan Ramadhan kita akan bersabar sehingga waktu berbuka puasa.
3. Penyantun... Sekiranya seseoarang dicaci atau diejek, dia terus berkata: “Ya Allah aku sedang berpuasa”, maka ini melatih kita untuk menahan marah.
4. Disiplin dan ketepatan masa…Waktu adalah kehidupan, seperti yang dinyatakan Hassan al-Banna. Pada bulan-bulan lain kita jarang sekali melihat kepada jam waktu, tetapi dalam Ramadhan kita sentiasa meneliti waktu seperti sahur, berbuka puasa dan waktu azan.
5. Kesatuan ummah…Bilangan muslimin seluruh dunia mencapai 1 billion. Bayangkan jumlah yang sebegitu ramai bersama-sama berpuasa dan berkumpul untuk beribadah.
Tag Nama Nisa'GP Ramadhan Tour (Design By : Hasni & Sunnah)
Destinasi "Explorace":
Stesen Keretapi Kempas Baru
KL Sentral
Masjid KLCC
Menara KLCC
Masjid Jamek
Pasar Ramadhan Jalan TAR
Hotel Putra KL
Istana Budaya KL
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah kerana dengan izin dan kehendak-Nya NISA’ GP Ramadhan Tour 2010 telah berjaya dilaksanakan pada 4 dan 5 Ramadhan yang lalu. Bermatlamatkan ukhuwwah Islamiyyah, program 2 hari 2 malam ini telah disertai seramai 22orang ahli NISA’ GP, dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil. Seawal jam 11.30 malam peserta-peserta telah berkumpul di stesen keretapi Kempas Baru untuk pembahagian juadah sahur dan barang amanah. Perjalanan kami telah diringi oleh bacaan doa oleh Saudara Syed Hafiz (Suami epada Syifa',salah seorang ahli Nisa' yang turut serta). Tepat jam 12.10 pagi, kami telah memulakan perjalanan.
Sahur jangan tak sahur...
Di dalam keretapi, setiap ketua kumpulan telah diberi 'Task 1' iaitu Tadarus sebanyak 7 juzuk setiap kumpulan berserta 'Task 2' iaitu perjalanan ke check point seterusnya setelah tiba di KL Sentral. Berserta dengan 'Task 2', setiap kumpulan telah dibekalkan dengan seuncang duit syiling yang berjumlah RM50 untuk kegunaan mereka dalam menaiki kenderaan awam sepanjang perjalanan dari satu checkpoint ke checkpoint seterusnya.
Tadarus di pagi hari
Alhamdulillah, pada pukul 7.30 pagi, kami telah tiba di KL Sentral dan masing-masing telah bergerak mengikut kumpulan menuju ke checkpoint berikutnya, iaitu Masjid KLCC. Di sana, peserta diberi peluang untuk berehat, membersihkan diri, menunaikan Solat Dhuha, serta mengisi waktu senggang dengan bertadarus. Tepat jam 9.00 pagi, setiap peserta ke checkpoint ke-3, Taman KLCC untuk acara yang dijadualkan dan telah diselenggara oleh Unit Pembangunan Mahasiswa (UPM). Walaubagaimanapun, atas beberapa kekangan, slot tersebut telah diambil alih oleh pihak urusetia. Dalam acara tersebut, kumpulan kecil dibubarkan dan kami bermain acara “kumpulan wang” dimana setiap ahli telah diberi nilai matawang. Apabila pihak urusetia (kak zie) menyebut suatu nilai, setiap ahli harus berusaha membentuk kumpulan dimana jumlah nilaian ahli-ahli nya adalah seperti yang disebut. Kumpulan yang tidak berjaya akan didenda oleh kumpulan yang pertama selesai.
Denda yang membina
Dalam slot ini juga, kumpulan-kumpulan kecil telah diminta menghasilkan trademark kumpulan mereka. Maka, terhasillah kumpulan bernama
“Ibtisam”
“Srikandi Sumayyah”
“New Moon”
“JHARI”
Setelah acara di Taman KLCC tamat, setiap kumpulan telah diberi masa selama 2 jam untuk menyelesaikan Task 3 dan membeli cendehati. Setiap kumpulan harus menuju ke bangunan KLCC untuk mencari 5 unit hadiah. Kategori hadiah yang dibeli adalah berbeza mengikut kumpulan, sama ada berasaskan Kertas, Plastik, Makanan, dan Kaca. Kesemua peserta kemudiannya menuju ke Masjid KLCC untuk rehat, serta menunaikan solat Zuhur dan Asar.
Meneruskan tugasan
Acara seterusnya telah berlangsung pada pukul 2-3 petang yang mana slot ini telah dikelolakan oleh Unit Pendidikan dan Kerjaya (UPK) . Manik-manik yang dibekalkan oleh UPK diarah untuk diolah menjadi gelang tangan yang insyaAllah akan menjadi produk Nisa’ GP dan dikomersilkan. Dalam slot ini juga, setiap peserta tidak dibenarkan bercakap sesama mereka. Tujuan peraturan ini adalah untuk membantu setiap peserta lebih fokus dan kreatif dalam menyiapkan hasil tangan mereka. Strategi ini kelihatannya berjaya, dimana selain sungguh menarik, banyak produk dapat dihasilkan dalam jangka waktu yang singkat sehinggakan benang yang dibekalkan tidak mencukupi!
Kerjasama!
Sebahagian kreativiti peserta
Setelah selesai slot UPK, Slot UKK (Unit Kebajikan dan Kaunseling) mengambil tempat. Selama hampir setengah jam telah diperuntukkan untuk Ketua UKK memberi taklimat kepada peserta berkenaan aktiviti yang bakal dilangsungkan. Tugasan yang diberi adalah menemuramah beberapa responden berkenaan tema yang khusus.
Wanita & Kredibiliti: Penubuhan Sekolah Hamil & ‘Hatch Baby (Pro Dan Kontra)
Wanita & Ekonomi : Mengasuh anak di rumah atau Mencari nafkah?
Wanita & Tatacara : Gejala Sosial & Penutupan Aurat yang Semakin Diabaikan
Lokasi temuramah adalah di tempat yang sama dengan Task 4, dimana tugasannya adalah MEMBELI MAKANAN untuk berbuka, di Bazar Ramadhan Jalan TAR. Tepat jam 3.30, kesemua kumpulan telah mula bergerak ke Jalan TAR.
Temuramah responden
Seusai tugasan oleh UKK dan Task 4 di Bazar Ramadhan Jalan TAR, setiap kumpulan harus ke tempat penginapan, berdasarkan klu ‘bangunan yang bersebelahan dengan Hospital Pusrawi di Jalan Tun Razak’. Pada jam 6.00 petang, kesemua kumpulan telah selamat tiba di tempat penginapan, iaitu Hotel Putra KL. Setiap peserta telah berbuka puasa bersama-sama, dengan juadah yang dibeli di Bazar Ramadhan berdasarkan Task 4 yang diberi.
Solat Maghrib, Isya’ dan Terawih telah selamat ditunaikan di Surau Hotel Putra tersebut. Pada jam 9.30 malam, aktiviti seterusnya, iaitu Pidato mengambil tempat. Acara ini diadakan dengan matlamat mencungkil bakat-bakat terpendam peserta selain menyediakan ahli-ahli Nisa’ ke arah melahirkan pendakwah muslimah professional dan kontemporari. Seramai 5 peserta mengambil bahagian, seorang daripada kumpulan New Moon, dua orang daripada kumpulan Ibtisam, seorang daripada kumpulan JHARI, dan seorang daripada kumpulan Ibtisam.
K.Na (Ibtisam)
Rasyidah (New Moon)
Masdiana (Ibtisam)
Syifa' (Srikandi Sumayyah)
*Tiada dalam gambar, Afzani (JHARI)
Sebelum semua peserta melelapkan mata merehatkan jasad dan minda, Unit Pembangunan Insan (UPI) mengisi ruang dan masa. Acara berbentuk muhasabah kendiri tersebut telah mengajak semua peserta membersihkan hati setelah seharian bersama sahabat-sahabat melaksanakan tugas dan berkongsi rasa. Alhamdulillah, NISA’ GP Ramadhan Tour 2010 telah selamat melabuhkan sebahagian tirainya dengan berakhirnya slot daripada UPI.
Mesti Peka! Pengetahuan penting!
Aktiviti keesokannya dimulakan pada jam 8.30 pagi..semua peserta bergerak beramai-ramai menuju ke laman istana budaya untuk 3 aktiviti, iaitu slot UKS (Unit Kebudayaan dan Sukan), Secret Game dan Muhasabah Program. Slot UKS bermula dengan pembahagian semua peserta termasuk urusetia kepada dua kumpulan besar. Setiap kumpulan diberi tugasan untuk menyenaraikan seberapa banyak peribahasa melayu yang diwarisi dalam masa 15 minit. Akhirnya, acara regu mengambil tempat.
Khusyuk!
Seusai acara daripada UKS, program diteruskan dengan Secret Game. Dalam masa 15 minit, semua kumpulan (Ibtisam, New Moon, Srikandi Sumayyah, dan JHARI) harus menghasilkan produk origami dan ketupat. Kemudian, kumpulan-kumpulan tersebut harus mempersembahkan produk yang dihasilkan dengan cara yang paling kreatif. Ada yang berbentuk cerita pendek atau drama, mahupun iklan.
Ade-ade aje..
Kemuncak program, adalah muhasabah dan resolusi. Kelemahan, kekurangan, malah kepuasan hati telah dilontarkan buat semua agar program yang bakal dilaksanakan pada waktu yang lain dapat diperbaiki. insyaAllah.
Muhasabah & resolusi
Berakhirnya muhasabah dan resolusi menandakan Nisa’ GP Ramadhan Tour 2010 bakal tiba ke penghujungnya. Setelah check-out daripada penginapan, para peserta bergerak menuju ke KL Sentral. Pada jam 3.10 petang, kami telah bertolak pulang setelah dua kali jadual perjalanan kami di-delay. Alhamdulillah, kami selamat tiba di Stesen Keretapi Kempas Baru pada jam 8.30 malam.
Tadarus semasa menunggu pulang
Sayonara!
Alhamdulillah, juga jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program permusafiran Nisa’ GP ini. Terima kasih buat sahabat-sahabat Nisa’ GP yang telah mendoakan keberhasilan program ini. Alfu syukran ilaikunna...
Oleh : Ainul Hakimah Binti Karim (Setiusaha Program)
Dari Admin : "Ya Allah, sesuangguhnya Sirah Rasulullah, BADAR 313, memotivasikan kami bahawa perjuangan tidak pernah mengira penat!"
RALLY NISA' GELANG PATAH telah melabuhkan tirainya pada 22 February 2010 yang lepas. Alhamdulillah, program yang julung2 kali diadakan ini telah berjaya dijalankan dengan sebaiknya oleh semua sahabat2 Nisa' Gelang Patah. Program bermula seawal jam 7 pagi 20 february 2010 dengan pengumpulan sahabat2 Nisa' GP di Hutan Bandar Mutiara Rini.
.
Sebanyak 4 buah kereta dan 2 buah motor bersama ahli Nisa' berada di sana, kelihatan setiap kereta sibuk memasang bendera Nisa' Gelang Patah dan sticker Rally Nisa' GP di kereta masing2. Kesemuanya kelihatan excited memasang bendera tersebut. Sebelum memulakan aktiviti 1 taklimat pergerakan telah diberikan oleh Pengarah Program Rally Nisa' GP bagi lebih menyelaraskan pergerakan pada pagi itu. Setelah itu aktiviti 1 dimulakan dengan pergerakan sahabat2 Nisa' GP kepada 3 bahagian utama di sekitar hutan bandar mutiara rini. Setiap ahli Nisa' dibekalkan dengan sebuah beg "purple" yang berisi bahan2 yang perlu diedarkan iaitu i) name card Nisa', ii) risalah kempen sayangi diri dan iii) risalah sayangkah kita pada diri sendiri??. Penerimaan masyarakat di sekitar hutan bandar mutiara rini sangat menggalakkan kerana kebanyakannya sebelum ini masih belum mengenal Nisa' GP dan masih tidak mengetahui aktiviti2 Nisa' GP yang telah dijalankan sebelum ini.
.
Setelah hampir 3 jam berada di sana, team Nisa' GP mula bergerak ke checkpoint 2 iaitu di sekitar Taman Universiti. Nisa' GP telah dibahagikan kepada 4 bahagian utama iaitu pasar Taman Universiti, Mutiara Rini, Jusco Taman U dan Giant Taman U. Method pergerakan masih fokus kepada memperkenalkan Nisa' kepada masyarakat setempat dan Kempen Sayangi Diri.
Pada jam 1 tangahari, semua berkumpul di masjid Taman Universiti untuk solat dan bersedia bergerak ke checkpoint 3. Konvoi ke checkpoint 3 sebanyak 6 buah kereta dan diketuai oleh 3 buah motosikal. Setelah sampai di checkpoint 3, semua ahli Nisa' membuat persediaan untuk Sukaneka pada jam 5 petang dan ada yang berlegar di sekitar taman nusantara untuk membuat hebahan sukaneka pada petang tersebut.
.
Sekitar jam 5.15 petang kelihatan masyarakat sekitar Taman Nusantara mula membanjiri tempat sukaneka. Pelbagai pertandingan telah diadakan seperti pertandingan mewarna, lari kaki tiga, straw terpanjang, pakaian beragam, getah n straw dan peraduan meneka gula2. Pelbagai ragam dan aksi dapat dilihat sepanjang acara berlangsung. Kira2 jam 6.45 petang semua acara ditamatkan dengan jayanya dan sesi penyampaian hadiah oleh ketua Nisa' GP berlangsung. Semua yang hadir kelihatan gembira kerana mendapat hadiah termasuk golongan ibu bapa, kanak2 dan kaum India.
Setelah berkemas dan menunaikan solat maghrib, konvoi Nisa' bergerak ke Kg Ladang untuk persediaan aktiviti 4 pada keesokan harinya. Konvoi Nisa' pada malam tersebut telah diketuai oleh 7 buah motor. Di Kg Ladang kami telah dijamu dengan masakan Ketam yang amat menyelerakan. Dalam kepenatan yang teramat semua Nisa' kembali bertenaga setelah sangat berselera melicinkan hidangan malam tersebut.
.
Aktiviti 4 pada pagi Ahad itu juga dimulakan dengan taklimat oleh Pengarah Rally Nisa' GP. Setelah itu Nisa' GP telah bergerak ke Jeti Tanjung Kupang pada jam 7.30 pagi. Di jeti tersebut, kami telah bersarapan sambil perbincangan terakhir untuk aktiviti 4 mengikut kumpulan masing2. Kami telah dibahagikan kepada 3 kumpulan yang mempunyai "task-task" yang berbeza di Kg Pendas Laut.
.
Pada jam 8.45 pagi Nisa' GP bergerak ke Kg Pendas Laut dengan menaiki bot "Pak Man" untuk ke seberang sana. Kumpulan 1 telah bergerak ke Sekolah Kebangsaan Pendas Laut untuk memulakan sesi motivasi kepada pelajar sekolah terbabit. Beberapa modul juga telah dijalankan bersama motivasi tersebut, kelihatan para pelajar sangat bersemangat, walaupun sekolah mereka agak jauh dari pembangunan yang semakin pesat ini, tetapi mereka sangat positif dengan perkembangan akademik mereka.
.
Kumpulan kedua pula bergerak sepanjang rumah di persisiran laut kg Pendas Laut. dari satu rumah ke satu rumah, Ziarah Nisa' GP adalah untuk lebih mendekati masyarakat Kg Pendas Laut. Kumpulan ketiga pula telah mengumpul anak2 dan remaja2 di sekitar Kg Pendas Laut tersebut dan mengadakan beberapa aktiviti bermatlamatkan akademik dan sahsiah.
.
Kira2 jam 11 pagi semua aktiviti telah ditamatkan. Alhamdulillah ketiga2 aktiviti di sekitar Kg Pendas Laut berjaya dilaksanakan. Bot pak Cik Man telah menanti di jeti untuk membawa kami pulang ke jeti Tanjung Kupang. Makanan tengahari telah menanti kami di Kg ladang. Makan tengahari kali ini disediakan oleh Mak Angkat Kak Na:)
.
Setelah berkemas dan menunaikan solat Zohor, Rally Nisa' Gp telah berkonvoi untuk pulang ke Taman Universiti. Kali ini juga telah diketuai oleh beberapa buah motor. Seketika diperjalanan, hujan turun dengan sangat lebatnya. Pengiring2 bermotor terpaksa mencari tempat teduhan tetapi akhirnya meneruskan juga konvoi Rally walaupun hujan masih belum reda. Bagi menghilangkan kesejukan kumpulan bermotor, Rally Nisa' GP telah singgah di gerai Cendol di tepi jalan:).
.
Konvoi Rally berakhir di Masjid Taman Universiti, di mana tempat bermulanya Konvoi Rally Nisa' GP pada hari sebelumnya. Alhamdulillah semuanya telah berjalan lancar. Syukur yang teramat sangat dipanjatkan kepada Allah SWT.
.
##Buat semua sahabat2 Nisa' Gelang Patah terima kasih yang teramat kerana sama2 berusaha menjayakan setiap checkpoint dengan jayanya. Kepada muslimin2 yang mengetuai konvoi Rally Nisa' GP sepanjang program ini berlangsung. Kepada semua sahabat2 AJK Rally Nisa' GP terima kasih banyak2 atas pengorbanan kalian sebelum dan semasa Rally berlangsung. Buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak, masyarakat sekitar Taman Universiti, Mutiara Rini, Taman Nusantara, Kg Ladang dan Kg Pendas Laut, terima kasih diucapkan kerana keterlibatan kalian menghangatkan lagi Rally Nisa' GP kali ini. Terima kasih semua. Hanya Allah dapat membalas segalanya.Maaf di atas segala kekurangan sepanjang rally nisa' Gp berlangsung.##
.
##Muhasabah Nisa' telah berlangsung pada Jumaat lepas,terima kasih pada semua yang hadir. Segala yang telah kita muhasabahkan dan yang akan dipanjangkan kepada pihak2 tertentu akan kita sama2 teruskan selepas ini. Insyaallah.Pembubaran AJK Rally Nisa' GP. Wallahualm##
Husna Aimi bt Halidan,
Ex-Pengarah Rally Nisa' GP
Temui Nisa' Gelang Patah sekali lagi di Summer Camp Nisa' Gelang Patah pada 30 April - 2 Mei 2010 di Teluk Ramunia:)
Terbuka kepada semua ahli Nisa' gelang patah yang berdaftar.
Kepada yang masih belum mendaftar, bolehlah mendaftar di talian hotline kami:)