Monday, July 13, 2009

JUMBLE BUNDLE SALE

Laporan oleh : Cik Jawahir



Pada 11 Julai 2009 (Sabtu) baru-baru ini, telah diadakan Jumble Bundle Sale di Dewan Pengajian Al Razi. Team Nisa' kali ini telah mengambil peluang bersama-sama untuk menjayakan program ini. Jumble Bundle Sale telah dibuka seawal 10 pagi sehinggalah ke jam 4 petang. Jualan Jumble Bundle Sale ini adalah lebih berbentuk jualan amal, antara barang-barang yang dijual pada kali ini ialah pakaian, barang mainan, pinggan mangkuk, beg dan kasut.

Team Nisa' telah membuka gerai Nisa Catering bagi menambah dana Nisa'. Antara makanan yang telah dijual di gerai Nisa' Catering adalah Nisa Sandwich, Nisa Nugget, Daging Burger dan Nisa' Sosej. Cik Hasnizom dan Cik Husna sibuk menggoreng menu Nisa' di luar Dewan Pengajian Al-RAzi.

Seawal jam 8.30 pagi, Team Nisa' telah membuat persediaan bagi membuka gerai Nisa' Catering

Kelihatan Kak Zie dan Che' An sedang menghias khemah di luar Dewan Pengajian Al-Razi
Kira-kira jam 10 pagi, kelihatan makcik-makcik, pakcik-pakcik bersama anak-anak mereka memenuhi Dewan Pengajian Al-Razi bagi memeriahkan lagi Jumble Bundle Sale ini.


Kira-kira jam 11 pagi pertandingan mewarna telah dijalankan untuk anak-anak yang datang bersama ibu bapa mereka. Sementara ibu bapa mereka memilih barang-barang yang dijual pada pagi itu, anak-anak mereka berusaha mewarna bagi mendapatkan hadiah-hadiah yang telah disediakan. Peserta telah dibahagikan kepada 3 kategori mengikut peringkat umur. Cik Jawahir dan Adik Zafirah juga tidak ketinggalan menyertai pertandingan mewarna ini :)

Kak Wan telah dijemput untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang. Antara koleksi terbaik dan menarik, hasil adik-adik yang menyertai pertandingan mewarna.




Kak Na tidak ketinggalan untuk membuka gerai Busana Muslimah beliau.Produk Ana Edar juga ada dijual di Jumble Bundle Sale ini.


Team Nisa' berganding bahu membersihkan tempat selepas program berakhir. Jumble Bundle Sale kali ini berakhir kira-kira jam 4 petang.
Dari kiri; Kak Zi selaku ketua program, Cik Jawahir, Che' An, Cik Hasnizom
Adik Zafirah dan Cik Husna juga tidak ketinggalan mengemas tempat program. Moga Jumble Bundle Sale kali ke 2 dapat dijalankan pada hari-hari yang akan datang. Alhamdulillah program kali ini berjaya dan berjalan lancar segalanya. Terima Kasih yang tidak terhingga kepada Team Nisa' yang telah sama-sama menjayakan program ini. Moga usaha kita semua mendapat ganjaran disisinya.

Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~

No comments: