Tuesday, December 22, 2009

Kem Kepimpinan Nisa' Johor

Alhamdulillah dengan izin dan rahmatNya, Kem Kepimpinan Nisa' Johor telah dijalankan dengan jayanya. Bertemakan "Bersama Memperkasakan Nisa' Johor", wakil2 Nisa' dari setiap kawasan berusaha sehabis baik berkongsi ilmu, menimba ilmu dan mengeluarkan pendapat masing2 bagi memantapkan lagi gerakerja dakwah Nisa' di kawasan masing2 selepas ini sekaligus buat negeri Johor.
Tekun mendengar input2 yg diberikan


Malam BBQ
Preparation utk majlis penutup Kem



Kem ini telah dijalankan selama 3 hari 2 malam, bermula 18 Disember pagi hingga 20 Disember tengahari bertempat du Tiram Indah Village, Ulu Tiram. Banyak pengalaman baru dan ilmu yang telah kami perolehi sepanjang kem ini berlangsung yang Insyaallah akan diaplikasikan di peringkat kawasan Gelang Patah selepas ini. Insyaallah.
Menyiapkan montaj majlis penutup




Pembentangan perancangan program

Team Nisa' Malaysia

Terima Kasih juga diucapkan kepada Team Nisa' Malaysia yang telah bersama2 kami untuk membantu Memperkasakan Nisa' Johor. Team Nisa' Malaysia ini telah diketua oleh Ketua Nisa' Malaysia, Dr Rosni dan 5 orang AJK nya.


Juga terima kasih kami ucapkan buat Ketua Nisa' negeri Johor, Pn Norlia Salleh.


Buat semua sahabat2 Nisa' sama2 kita terus tingkatkan kualiti gerekeja dakwah. Buatlah perancangan sebaiknya dan laksanakan ia sehabis baik. "Faiza 'Azamta Fatawakkal 'Alallah".

Buat ahli Nisa Gelang Patah..Insyaallah segala yang diperolehi di Kem Kepimpinan kali ini akan dikongsikan dari masa ke semasa dan akan dibentang serta dibincangkan juga semasa Rally Nisa' nanti. Insyaallah.

Wallahualam

Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~

No comments: