Thursday, May 5, 2011

Jalinan Kasih... Di Sini Hati Bertaut

Alhamdulillah, Khamis minggu lepas, bersamaan dengan 28 April 2011, Nisa' GP telah mengadakan program khas untuk mahasiswi tahun akhir di rumah Ketua Nisa' GP, kak Rozita Abdul.

Program yang bermula jam 5.30 petang itu dinamakan sebagai Jalinan Kasih. Seramai 15 orang mahasiswi tahun akhir dari pelbagai fakulti di UTM menyertai program tersebut. Program Jalinan Kasih ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan ukhwah sesama sahabat Nisa' GP dan memberikan kefahaman tentang unit-unit di dalam kelab Nisa' kepada para peserta.

Aktiviti petang itu dimulakan dengan sesi taklimat dan pembahagian kumpulan sebelum peserta mula bergerak ke checkpoint explorace.  



AJK program turut menyediakan BBQ untuk peserta yang hadir setelah bertungkus lumus menyiapkan tugasan kumpulan dalam aktiviti explorace.



Sesi penyampaian cenderahati kepada para peserta dan AJK program turut diadakan di akhir program sebagai tanda penghargaan kepada semua yang menjayakan program Jalinan Kasih kali ini.


Sahabat Nisa' GP mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan program ini.   Semoga hati-hati yang berkumpul dan berpisah kerana Allah ini terus tetap dalam perjuangan setelah keluar dari ruang universiti kelak. Insya'Allah.

Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~

No comments: