Wednesday, February 3, 2010

BAHANG RALLY NISA' GP SEMAKIN DIRASAI




Salamalaik buat sahabat2 semua..

Gegendang RALLY Nisa' GP semakin kedengaran dan dirasai..kelihatan semua tenaga penggerak Nisa' GP bersama keseluruhan ahli Nisa' GP sedang kuat bertungkus lumus dalam fasa persediaan ini sebelum kita semua memasuki fasa kemuncak gerakerja RALLY Nisa' GP..Terima Kasih sahabat2 ku..Moga Allah terus istiqamahkan kita dengan semangat gerakerja ini..Insyaallah..

Berkonsepkan konvoi Dakwah dan Islah, Rally Nisa' GP akan berada di sekitar kawasan Gelang Patah bermula 20 - 21 February 2010. Kepada sahabat2, kakak2, ibu2 dan adik2 remaja yang berhampiran dengan kami, rebutlah peluang untuk bersama kami di setiap "checkpoint" yang akan kami terokai..insyaallah.

20 February 2010
i) 8 pg - 10 pg : di Hutan Bandar Mutiara Rini.
ii) 10 pg - 12 tnghari : di sekitar Taman Universiti
iii) 4.00 ptg - 6.45 ptg : di Taman Nusantara, Gelang Patah

21 February 2010
i) 9 pg - 11 pg
a) Tanjung Nelayan D'Kampung Seafood Restoran Kg Ladang
b) Jeti Kampung Pendas Laut
c) Sekolah Kebangsaan Pendas Laut

Bertemakan "Kempen Sayangi Diri" Nisa' GP dalam usaha semaksima mungkin untuk merealisasikan tema dan objektif Rally Nisa' GP pada kali ini.

Pelbagai aktiviti yang akan kami bawakan bersama anda sepanjang RALLY NISA' GP ini berlangsung. Antaranya :
i) Nisa' Outdoor Games
ii) Tautan Kasih Nisa' GP
iii) Menggapai Kecemerlangan
iv) Nisa' In The Morning
Dan pelbagai lagi...Insyaallah

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk bersama kami.dan mengenali kami dengan lebih dekat dan rapat.Konvoi Dakwah dan Islah kami ini akan memeriahkan lagi cuti hujung minggu anda semua pada 20 -21 February ini..Nantikan penjelajahan kami di sekitar kawasan Gelang Patah..Insyaallah

Bagi mana2 pihak yang ingin menyumbang kepada Rally Nisa' Gp kami ini, dengan sukacitanya dan berbesar hati kami menerimanya :). Segala sumbangan boleh terus disalurkan ke akaun CIMB yang bernombor 01130076004528 (akaun bernama aina mardziah) atau terus menghubungi kami di talian Nisa' Gelang Patah 0137205878. Segala bentuk sumbangan yang berkaitan amat kami alu2kan. Moga dengan sumbangan anda semua dapat melancarkan lagi program kami ini, sekaligus pastinya mendapat nilaian disisiNya. Insyaallah.

Segala cadangan atau komen atau apa2 sahaja mengenai program yang bakal kami jalankan ini amat kami alu2kan..

##Terima Kasih yang tidak terhingga buat Nisa' Malaysia yang telah mempromosikan Rally Nisa' GP ini di radio IKIM pada mlm 2 February lepas di slot Live Bersama Nisa' Malaysia.
Tidak lupa juga kepada Nisa' Negeri Johor yang memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk bagi kami mengemaskinikan segala langkah gerakerja kami.
Dan juga kepada Nisa' Kawasan2 sekitar Johor yang telah menyalurkan sumbangan kepada kami dan juga kepada semua pihak yang telah menyalurkan sumbangan dan memberi segala bantuan dalam fasa gerakerja kami ini.
Jutaan terima kasih kami ucapkan. Nialaian disisiNya itu pasti..
Moga segalanya dapat menguatkan kami bagi "Melaksanakan Impian Bersama". Insyaallah.Doakan program kami ini berjalan sebaik mungkin.##


"Kita Merancang, Allah Merancang, Sesungguhnya Perancangan Allah Itu Yang Terbaik"
Faiza 'Azamta Fatawakkal 'Alallah. Barakallahufik.

Wallahualam,
Husna Aimi bt Halidan
Rally Nisa' GP
Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~

No comments: