Sunday, August 2, 2009

Sekitar gerak kerja PAKAT'09

Laporan oleh : Nurul 'Uyun Binti Ahmad (UKK)

Satu sesi mesyuarat PAKAT'09 telah diadakan baru-baru ini bersama jawatankuasa Kg. Ladang, Gelang Patah dan Nisa' GP. Mesyuarat pertama ini berjalan dengan lancar dan mendapat maklum balas yang positif daripada pihak jawatankuasa Kg. Ladang atas penganjuran PAKAT'09. Semoga program yang kami aturkan ini selari dengan aturan Allah Taala dan mendapat bimbingan daripadaNya. Insyaallah.

Sekitar mesyuarat pertama Pakat'09 (Program Khidmat Masyarakat/Prgram Anak Angkat 2009)

Pengarah membentangkan kertas kerja.


Ketua Nisa' GP memberikan cadangan penambahbaikkan program kepada pengarah


Teliti - mendengar, menghadam dan memberi maklum balas

Pesanan pengarah :

1. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam mesyuarat tersebut. Walaupun penat dengan urusan masing-masing disiang hari, berkat iltizam kita yang mapan, Allah izinkan mesyuarat ini berjalan dengan baik. Alhamdulillah.

2. Kepada ahli Nisa' yang berminat untuk menjadi salah seorang peserta program ini, sila maklumkan kepada saya dengan kadar segera. Anda pasti teruja!

Biiznillah.

-Ketua UKK-
Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~

No comments: