Oleh:
Siti Hasunah Binti Mohammad
Unit Kaunseling dan Kebajikan
Kelab Nisa' Gelang Patah
Dalam menjalani kehidupan seharian, tidak selalunya hari yang kita lalui itu sentiasa cerah. Kadangkala hujan turun membantutkan segala aktiviti. Apa yang dirancang, tidak berjalan mengikut kehendak kita. Kecewa? Sudah tentu! Ramai yang bersedih dan terkilan apabila rancangan awal tidak menjadi. Terpaksa pula mencari plan B atau C untuk menggantikan plan A yang terbengkalai.
Itu jika melibatkan aktiviti harian. Bagaimana pula apabila kita diuji dengan ujian mental dan emosi? Kecewa dalam perhubungan, persahabatan, akademik, kerjaya, keluarga, dan sebagainya. Putus asa! Rasa seperti sudah hilang tempat bergantung! Kalau diikutkan mahu sahaja pergi ke tempat paling jauh dan terpencil di muka bumi ini, tapi itu seperti lari dari masalah!
Wahai hati yang kecewa, jangan lupa bahawa kita tidak sendiri di dunia ini. Jika kita rasa kawan dan sahabat tiada di sisi, sebenarnya kita ada Allah yang selalu menemani kita. Allah yang menurunkan ujian kepada kita, bukan semata-mata mahu kita menangis sendiri dan merasa sepi. Bukankah Allah telah berfirman dalam al-Quran, bahawa setiap yang beriman itu akan diuji!
Allah memberi kita rasa kesusahan dalam hidup supaya kita sedar bahawa kita ini hamba! Bila kita sedar kita hamba, sewajibnya kita mengabdikan diri kita hanya kepada Dia! Apabila kita ditimpa musibah dan kecewa, kita dianjurkan untuk meminta hanya kepada Dia! Kerana hanya dengan berbicara dengan Allah, hati yang gundah-gulana akan menjadi tenteram, insya'Allah. Itu janji Allah dalam al-Quran.
Beruntunglah setiap jiwa yang selalu mengingati Allah setiap masa dan ketika. Hatinya akan sentiasa tenang dan tenteram. Biarpun dilanda masalah, dia yakin Allah ada bersamanya. Apabila ujian dari Allah datang menimpa, dia menghadapinya dengan redha dan penuh tawakkal. Tatkala diri diuji dengan pelbagai bentuk cabaran kehidupan, dia memimpin hati untuk tidak terlalu bersedih.
Kerana Allah sentiasa bersama kita!
GAMBAR: Sunah Suka Sakura dot com
Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~
No comments:
Post a Comment