Tuesday, September 1, 2009

Laporan Mesyuarat ke- 2 PAKAT '09

Pada 29 Ogos 2009, Sabtu yang lalu, mesyuarat ke-2 PAKAT 09 telah diadakan di Arena, JUSCO Taman Universiti kira-kira jam 10.30 pagi.. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh beberapa orang AJK PAKAT '09 iaitu 'Uyun, Kak Zi, Husna, Jawahir dan Farah Hijanah..Terdapat beberapa agenda yang telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut..Antaranya ialah Bengkel PAKAT 09 yang akan diadakan pada 1 September 2009 bertempat di PASTI Siswa 3, Taman Pulai Utama.. Bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk menjelaskan dan menerangkan sedikit sebanyak tentang modul, tentatif program, dan latar belakang famili angkat semasa Program PAKAT diadakan nanti.. Jumlah peserta yang akan terlibat dalam program PAKAT 09 adalah seramai 18 orang..


Agenda ke-2 yang turut dibincangkan ialah sumber kewangan yang telah diperolehi..Secara umumnya, sumber kewangan yang telah diperolehi adalah amat memberangsangkan kerana melebihi daripada apa yg telah dijangka..Alhamdulillah..Tambahan pula, ada pihak yang sudi menyumbangkan bekalan seperti beras, dan sumber makanan yang lain..

Hasil daripada usaha dan follow-up daripada Unit Amal, jumlah famili angkat yang berjaya melibatkan diri dalam program PAKAT 09 kali adalah sebanyak 8 buah famili.. Mengikut perancangan dianggarkan sebanyak 10 buah famili, akan tetapi disebabkan terdapat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, maka hanya 8 buah famili sahaja yang terlibat..Kebanyakan famili yang terlibat ini mempunyai latar belakang keluarga yang miskin, kurang bekalan air dan elektrik, tidak menunaikan kewajipan seperti solat dan puasa..

Justeru itu, Program PAKAT ini sememangnya memberi peluang dan kesempatan kepada ahli Nisa' untuk menunaikan kewajipan kita sebagai seorang muslim yang bertanggungjawab dalam membimbing dan memberi pendedahan kepada famili angkat peserta PAKAT ini nanti..InsyaAllah..


Agenda yang lain yang juga turut dibincangkan adalah pemilihan menu untuk berbuka puasa dan bersahur semasa di rumah famili angkat nanti.. Di samping itu, tidak ketinggalan juga keperluan barang-barang basah dan kering dibincangkan..

Mesyuarat PAKAT berakhir kira-kira jam 12.30 tengahari.. InsyAllah, mudah-mudahan segala perancangan AJK PAKAT 09 akan mendapat keredhaan dan keberkatan dariNya..sesungguhNya setiap usaha dan keringat AJK dan peserta PAKAT kali ini akan dinilai dan mendapat ganjaran dari Yang Maha Esa ....
Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~

No comments: