Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan...

Alhamdulillah.

Bulan Ramadhan telah pun bersama-sama kita hari ini. Bulan yang amat kita rindui setelah setahun ia pergi meninggalkan kita. Bulan yang di dalamnya ada kemuliaan dan kerahmatan. Yang mana dengan amalan berlipat kali ganda, kita akan mendapat ganjaran yang setimpal dengan usaha kita sepanjang bulannya. Bagi memulakan Ramadhan kali ini, mari kita refresh semula niat puasa Ramadhan dan doa berbuka puasa.

Niat puasa Ramadhan (harian):


"Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala."

Doa berbuka puasa:


"Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang."

Selamat berpuasa dan beramal ibdat Nisa' GP ucapkan kepada semua, semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun-tahun yang lalu. Ameen...

Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~

Tuesday, July 12, 2011

Ingatlah Allah, Kamu Akan Tenteram!

Oleh: 
Siti Hasunah Binti Mohammad
Unit Kaunseling dan Kebajikan
Kelab Nisa' Gelang Patah

Dalam menjalani kehidupan seharian, tidak selalunya hari yang kita lalui itu sentiasa cerah. Kadangkala hujan turun membantutkan segala aktiviti. Apa yang dirancang, tidak berjalan mengikut kehendak kita. Kecewa? Sudah tentu! Ramai yang bersedih dan terkilan apabila rancangan awal tidak menjadi. Terpaksa pula mencari plan B atau C untuk menggantikan plan A yang terbengkalai.

Itu jika melibatkan aktiviti harian. Bagaimana pula apabila kita diuji dengan ujian mental dan emosi? Kecewa dalam perhubungan, persahabatan, akademik, kerjaya, keluarga, dan sebagainya. Putus asa! Rasa seperti sudah hilang tempat bergantung! Kalau diikutkan mahu sahaja pergi ke tempat paling jauh dan terpencil di muka bumi ini, tapi itu seperti lari dari masalah!

Wahai hati yang kecewa, jangan lupa bahawa kita tidak sendiri di dunia ini. Jika kita rasa kawan dan sahabat tiada di sisi, sebenarnya kita ada Allah yang selalu menemani kita. Allah yang menurunkan ujian kepada kita, bukan semata-mata mahu kita menangis sendiri dan merasa sepi. Bukankah Allah telah berfirman dalam al-Quran, bahawa setiap yang beriman itu akan diuji!


Allah memberi kita rasa kesusahan dalam hidup supaya kita sedar bahawa kita ini hamba! Bila kita sedar kita hamba, sewajibnya kita mengabdikan diri kita hanya kepada Dia! Apabila kita ditimpa musibah dan kecewa, kita dianjurkan untuk meminta hanya kepada Dia! Kerana hanya dengan berbicara dengan Allah, hati yang gundah-gulana akan menjadi tenteram, insya'Allah. Itu janji Allah dalam al-Quran.


Beruntunglah setiap jiwa yang selalu mengingati Allah setiap masa dan ketika. Hatinya akan sentiasa tenang dan tenteram. Biarpun dilanda masalah, dia yakin Allah ada bersamanya. Apabila ujian dari Allah datang menimpa, dia menghadapinya dengan redha dan penuh tawakkal. Tatkala diri diuji dengan pelbagai bentuk cabaran kehidupan, dia memimpin hati untuk tidak terlalu bersedih.


Kerana Allah sentiasa bersama kita!


Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~

Tuesday, June 28, 2011

KEMPEN KENDIRI REMAJA 2011 – SIRI 1

TIADA DUIT? TAK TAHU MANA NAK CARI DUIT?

JADIKAN HOBI SEBAGAI PERNIAGAAN YANG MENGUNTUNGKAN

Jika anda mempunyai hobi yang anda benar-benar bagus dalam melakukannya, anda mungkin boleh menggunakan hobi itu sebagai punca pendapatan. BAGAIMANA? Pelajari tentang asas kewangan dan perniagaan di rumah, supaya anda tidak melakukan kesilapan yang biasa dilakukan oleh usahawan amatur dan kehilangan modal yang dilaburkan dalam perniagaan itu. Jika semuanya berjalan dengan baik, hobi anda boleh bertukar menjadi perniagaan yang berjaya.

BINA KEMAHIRAN YANG BOLEH DIKOMERSIALKAN PADA MASA AKAN DATANG

Jika anda tidak mempunyai hobi yang boleh dijadikan duit, berusahalah untuk mendapatkan kemahiran yang perlu, yang boleh dikomersialkan pada masa akan datang. Jika anda tidak tahu apa kemahiran yang anda ada, cari sesuatu yang anda minati dan bina kemahiran dalam bidang itu. Sebuah majalah pernah menyiarkan satu artikel yang menyatakan bahawa perniagaan yag berjaya lazimnya berasaskan perkhidmatan, misalnya penyediaan makanan, rawatan muka di rumah, mencuci rumah, menjahit, kerja tangan dan banyak lagi.

WOW! REMAJA 16 TAHUN JADI JUTAWAN MUDA

NORTHAMPTON – Seorang remaja sekolah di Britain, Christian Owens mencipta sejarah apabila dia berjaya memperoleh kekayaan £1 juta (RM4.9 juta) dalam usia 16 tahun selepas memulakan perniagaannya dua tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Gambar dari SINI

Dia yang berasal dari Corby, Northamptonshire di sini mula menjalankan bisnes dengan duit poket sendiri pada usia 14 tahun apabila melancarkan laman web Mac Box Bundle yang menjana perolehan £700,000 (RM3.5 juta).

Owens kemudian menubuhkan syarikat iklan menerusi Internet, Branchr pada 2009 yang memperoleh £500,000 (RM2.5 juta) tahun lalu dan kini turut dilanggani firma bidaan ternama, William Hill serta laman sosial MySpace.

Walaupun sibuk, dia hanya aktif selepas waktu persekolahan dan hari hujung minggu namun Owens kini mampu menggaji lapan pekerja, semuanya orang dewasa serta merancang membuka dua cawangan tahun depan.

Dia yang kini tinggal bersama bapanya yang merupakan pekerja kilang, Julian, 50, dan ibunya, Alison, 43, setiausaha sebuah syarikat, mendapat idea menjadi jutawan muda daripada kisah kejayaan Ketua Eksekutif Apple, Steve Jobs. – Agensi

Sumber : Maynetwork
TIPS : DuitSaku

REMAJA MALAYSIA TENTU BOLEH! MARI "KITA LAKSANAKAN IMPIAN BERSAMA"!

Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~