Selama sehari semalam Nisa'GP telah berkampung di Kg.Ladang bersama keluarga angkat masing-masing. Melaksanakan tanggungjawab fardu kifayah di Bulan Ramadhan sedangkan badan masih bisa-bisa kepenatan dek kerja-kerja akademik dan pejabat. Namun, atas tuntutan menjulang kalimah Tauhid di kawasan setempat, kami turun ke padang masyarakat menyampaikan sumbangan daripada pelbagai pihak selaku penaja program. Sumbangan yang diagihkan kepada keluarga terpilih berupa barang basah dan barang kering serta sebahagian alat pencuci.
Selama sehari semalam juga, terlalu banyak pengalaman hidup yang boleh dikongsi bersama namun biar gambar bercerita bagi pihak kami...
SEKITAR BENGKEL PAKAT, 1 september 2009
PENGAGIHAN BARANG-BARANG SUMBANGAN, 4 september 2009
TAKLIMAT DI AR-RAHMAN OLEH PENGARAH PROGRAM DAN PENGERUSI NISA'GP,
5 dan 6 september 2009
5 dan 6 september 2009
HERE WE GO!
Sebelum pulang, anak-anak angkat diberikan buah tangan dari Kg. Ladang, antaranya Ketam, udang, sotong, ikan yang segar2. Ubi, Pisang pun ada. MasyaAllah, seronok sungguh. Bersyukur sebab tak perlu beli. Kalau beli di Skudai entah-entah mahunya lebih 100 ringgit.. Di sini, semuanya percuma! Alhamdulillah.
Jam 2.30 petang ahad, kami perlu pulang ke Skudai unutk meneruskan perjuangan di lubuk sana. Pelbagai perasaan bercampur baur dalam diri: sedih, dukacita untuk meninggalkan Kg Ladang. Benar, pengalaman sehari semalam memberikan 1001 macam kenangan dan pengajaran hidup.
P/S:
Saya selaku pengarah program ingin mengucapkan berbanyak ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat ;
1) ahli Nisa'Gp tersayang termasuklahn Napisah, Juwairiyah dan Huda Version 6
2) Jawatankuasa cawangan Kg Ladang
3) Pihak penaja/sumbangan yang memberi
4) semua yang mendoakan kesejahteraan program ini.
Juga, saya memohon ribuan ampun dan maaf atas setiap kelemahan, kesilapan saya sepanjang mentadbir PAKAT'09 ini. Gerak kerja selama sebulan memungkinkan saya melakukan berjuta-juta kesilapan sepanjang waktu tersebut.
Semoga program susulan yang ada dalam kepala ni, akan dapat dijayakan pada masa akan datang. Insyaallah. Antaranya Ziarah Raya dan PAKAT II.
Akhir kalam dari saya;
"Untuk hidup susah itu senang, namun belum tentu ia senang untuk dihadapi."
Salam hormat;
Nurul 'Uyun Binti Ahmad,
Semoga kita SATU HATI,
biiznillah, Insyaallah.
Ameen.
** Untuk melihat gambar-gambar dan mengetahui pengalaman TERBAIK dari anak-anak angkat, boleh layari semua blogspot ahli nisa'GP seperti yang terdapat di sisi kanan blogspot Nisa'GP. Harap Maklum.
Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~
4 comments:
tahniah atas usaha yang murni ini. pergiatkan usaha untuk turun ke masyarakat..
salam. Insyallah, Nisa'boleh terus ke hadapan. ukhuwah yang mantap melahirkan kelab yang mantop!
salam ziarah.. 'alaiki alfu syukran wahai team2 urusetia.. alhamdulillah di atas perjalanan program yang lancar..(masalah teknikal sket2 tu biasa,lah) moga kita terus satu hati, insyaAllah!
cik pengarah, nk minta izin kidnapped gambo sket ye..(minta izin tau!) hehe.. 'ala kulli hal, arigatou, ne!
hehehe. ambillah gambar2 tu...
Post a Comment