Wednesday, March 3, 2010

Nisa'GP Summer Camp 2010

Nantikan satu lagi program mega anjuran Nisa' GP. Apa? Di mana? Bila?
Tarikh : 30 April hingga 2 Mei 2010
Hari : Jumaat hingga Ahad
Tempat : Teluk Ramunia, Kota Tinggi
Bayaran : RM20.00
Peserta : Terhad kepada semua ahli Nisa' yang berdaftar (15-40tahun)

Kepada yang berminat untuk menjadi peserta Nisa'GP Summer Camp (NSC), boleh daftarkan diri anda dengan segera dengan Kak Zi (Pengarah Nisa'GP) di no h/p :0197713662.

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda! Jom Join!!

p/s : Bagi yang belum mendaftar diri menjadi ahli Nisa'GP, boleh berbuat demikian dengan menghubungi Saudari Nurul 'Uyun Bt. Ahmad di h/p :013-7028763 untuk mendapatkan borang keahlian.

Apa tunggu lagi? Jom join Nisa'GP!!! Jom join Summer Camp!!

Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~

Tuesday, February 23, 2010

Rally NIsa' GP 2010

























RALLY NISA' GELANG PATAH telah melabuhkan tirainya pada 22 February 2010 yang lepas. Alhamdulillah, program yang julung2 kali diadakan ini telah berjaya dijalankan dengan sebaiknya oleh semua sahabat2 Nisa' Gelang Patah. Program bermula seawal jam 7 pagi 20 february 2010 dengan pengumpulan sahabat2 Nisa' GP di Hutan Bandar Mutiara Rini.
.
Sebanyak 4 buah kereta dan 2 buah motor bersama ahli Nisa' berada di sana, kelihatan setiap kereta sibuk memasang bendera Nisa' Gelang Patah dan sticker Rally Nisa' GP di kereta masing2. Kesemuanya kelihatan excited memasang bendera tersebut. Sebelum memulakan aktiviti 1 taklimat pergerakan telah diberikan oleh Pengarah Program Rally Nisa' GP bagi lebih menyelaraskan pergerakan pada pagi itu. Setelah itu aktiviti 1 dimulakan dengan pergerakan sahabat2 Nisa' GP kepada 3 bahagian utama di sekitar hutan bandar mutiara rini. Setiap ahli Nisa' dibekalkan dengan sebuah beg "purple" yang berisi bahan2 yang perlu diedarkan iaitu i) name card Nisa', ii) risalah kempen sayangi diri dan iii) risalah sayangkah kita pada diri sendiri??. Penerimaan masyarakat di sekitar hutan bandar mutiara rini sangat menggalakkan kerana kebanyakannya sebelum ini masih belum mengenal Nisa' GP dan masih tidak mengetahui aktiviti2 Nisa' GP yang telah dijalankan sebelum ini.
.
Setelah hampir 3 jam berada di sana, team Nisa' GP mula bergerak ke checkpoint 2 iaitu di sekitar Taman Universiti. Nisa' GP telah dibahagikan kepada 4 bahagian utama iaitu pasar Taman Universiti, Mutiara Rini, Jusco Taman U dan Giant Taman U. Method pergerakan masih fokus kepada memperkenalkan Nisa' kepada masyarakat setempat dan Kempen Sayangi Diri.
Pada jam 1 tangahari, semua berkumpul di masjid Taman Universiti untuk solat dan bersedia bergerak ke checkpoint 3. Konvoi ke checkpoint 3 sebanyak 6 buah kereta dan diketuai oleh 3 buah motosikal. Setelah sampai di checkpoint 3, semua ahli Nisa' membuat persediaan untuk Sukaneka pada jam 5 petang dan ada yang berlegar di sekitar taman nusantara untuk membuat hebahan sukaneka pada petang tersebut.
.
Sekitar jam 5.15 petang kelihatan masyarakat sekitar Taman Nusantara mula membanjiri tempat sukaneka. Pelbagai pertandingan telah diadakan seperti pertandingan mewarna, lari kaki tiga, straw terpanjang, pakaian beragam, getah n straw dan peraduan meneka gula2. Pelbagai ragam dan aksi dapat dilihat sepanjang acara berlangsung. Kira2 jam 6.45 petang semua acara ditamatkan dengan jayanya dan sesi penyampaian hadiah oleh ketua Nisa' GP berlangsung. Semua yang hadir kelihatan gembira kerana mendapat hadiah termasuk golongan ibu bapa, kanak2 dan kaum India.
Setelah berkemas dan menunaikan solat maghrib, konvoi Nisa' bergerak ke Kg Ladang untuk persediaan aktiviti 4 pada keesokan harinya. Konvoi Nisa' pada malam tersebut telah diketuai oleh 7 buah motor. Di Kg Ladang kami telah dijamu dengan masakan Ketam yang amat menyelerakan. Dalam kepenatan yang teramat semua Nisa' kembali bertenaga setelah sangat berselera melicinkan hidangan malam tersebut.
.
Aktiviti 4 pada pagi Ahad itu juga dimulakan dengan taklimat oleh Pengarah Rally Nisa' GP. Setelah itu Nisa' GP telah bergerak ke Jeti Tanjung Kupang pada jam 7.30 pagi. Di jeti tersebut, kami telah bersarapan sambil perbincangan terakhir untuk aktiviti 4 mengikut kumpulan masing2. Kami telah dibahagikan kepada 3 kumpulan yang mempunyai "task-task" yang berbeza di Kg Pendas Laut.
.
Pada jam 8.45 pagi Nisa' GP bergerak ke Kg Pendas Laut dengan menaiki bot "Pak Man" untuk ke seberang sana. Kumpulan 1 telah bergerak ke Sekolah Kebangsaan Pendas Laut untuk memulakan sesi motivasi kepada pelajar sekolah terbabit. Beberapa modul juga telah dijalankan bersama motivasi tersebut, kelihatan para pelajar sangat bersemangat, walaupun sekolah mereka agak jauh dari pembangunan yang semakin pesat ini, tetapi mereka sangat positif dengan perkembangan akademik mereka.
.
Kumpulan kedua pula bergerak sepanjang rumah di persisiran laut kg Pendas Laut. dari satu rumah ke satu rumah, Ziarah Nisa' GP adalah untuk lebih mendekati masyarakat Kg Pendas Laut. Kumpulan ketiga pula telah mengumpul anak2 dan remaja2 di sekitar Kg Pendas Laut tersebut dan mengadakan beberapa aktiviti bermatlamatkan akademik dan sahsiah.
.
Kira2 jam 11 pagi semua aktiviti telah ditamatkan. Alhamdulillah ketiga2 aktiviti di sekitar Kg Pendas Laut berjaya dilaksanakan. Bot pak Cik Man telah menanti di jeti untuk membawa kami pulang ke jeti Tanjung Kupang. Makanan tengahari telah menanti kami di Kg ladang. Makan tengahari kali ini disediakan oleh Mak Angkat Kak Na:)
.
Setelah berkemas dan menunaikan solat Zohor, Rally Nisa' Gp telah berkonvoi untuk pulang ke Taman Universiti. Kali ini juga telah diketuai oleh beberapa buah motor. Seketika diperjalanan, hujan turun dengan sangat lebatnya. Pengiring2 bermotor terpaksa mencari tempat teduhan tetapi akhirnya meneruskan juga konvoi Rally walaupun hujan masih belum reda. Bagi menghilangkan kesejukan kumpulan bermotor, Rally Nisa' GP telah singgah di gerai Cendol di tepi jalan:).
.
Konvoi Rally berakhir di Masjid Taman Universiti, di mana tempat bermulanya Konvoi Rally Nisa' GP pada hari sebelumnya. Alhamdulillah semuanya telah berjalan lancar. Syukur yang teramat sangat dipanjatkan kepada Allah SWT.
.
##Buat semua sahabat2 Nisa' Gelang Patah terima kasih yang teramat kerana sama2 berusaha menjayakan setiap checkpoint dengan jayanya. Kepada muslimin2 yang mengetuai konvoi Rally Nisa' GP sepanjang program ini berlangsung. Kepada semua sahabat2 AJK Rally Nisa' GP terima kasih banyak2 atas pengorbanan kalian sebelum dan semasa Rally berlangsung. Buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak, masyarakat sekitar Taman Universiti, Mutiara Rini, Taman Nusantara, Kg Ladang dan Kg Pendas Laut, terima kasih diucapkan kerana keterlibatan kalian menghangatkan lagi Rally Nisa' GP kali ini. Terima kasih semua. Hanya Allah dapat membalas segalanya.Maaf di atas segala kekurangan sepanjang rally nisa' Gp berlangsung.##
.
##Muhasabah Nisa' telah berlangsung pada Jumaat lepas,terima kasih pada semua yang hadir. Segala yang telah kita muhasabahkan dan yang akan dipanjangkan kepada pihak2 tertentu akan kita sama2 teruskan selepas ini. Insyaallah.Pembubaran AJK Rally Nisa' GP. Wallahualm##
Husna Aimi bt Halidan,
Ex-Pengarah Rally Nisa' GP














Temui Nisa' Gelang Patah sekali lagi di Summer Camp Nisa' Gelang Patah pada 30 April - 2 Mei 2010 di Teluk Ramunia:)
Terbuka kepada semua ahli Nisa' gelang patah yang berdaftar.
Kepada yang masih belum mendaftar, bolehlah mendaftar di talian hotline kami:)
Jumpa di sana!!!

Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~

Saturday, February 20, 2010

PURPLE TEAM DI KEMUNCAK RALLY NISA' GP







Alhamdulillah sedang melepasi fasa2 kemuncak persediaan Rally Nisa' GP. Semua sahabat Nisa' GP telah melalui bengkel persediaan program pada 18hb malam yg lepas dan Insyaallah sama2 kita doakan program yang bakal kita jalankan ini dipermudahkan segalanya oleh Allah SWT. Terima kasih sahabat2 semua, penat lelahmu sepanjang fasa persediaan n gerakerja ini pasti dinilai olehNya. Insyaallah.

Esok insyallah konvoi Rally Nisa' GP akan dilancarkan dan bermulalah ekspedisi kembara Nisa' Gelang Patah ke seluruh pelusuk Gelang Patah. Diseru semua masyarakat sekitar untuk bersama kami di checkpoint2 yang akan kami singgahi, seperti berikut:

Sabtu, 20 February
i) 8pg - 9.30 pg : Hutan Bandar Mutiara Rini
ii) 10 pg - 12 tngahari : Sekitar Taman Universiti dan GIANT Pulai Utama
iii) 3 ptg - 6.45 ptg : Taman Nusantara, Gelang Patah

Ahad, 21 February
i) 8 pg : Jeti Pendas Laut
ii) 9 pg - 11 pg : a. Restoran Tanjung Nelayan, Pendas
b. Sekolah Kebangsaan Pendas Laut
c. Sekitar rumah2 Kg Pendas Laut

Pelbagai aktiviti yang akan kami bawakan bersama anda semua, dijemput hadir beramai2 ke checkpoint yg akan kami singgahi..Jumpa Di Sana!!:)
Nisa' akan berkonvoi bersama 5 biji kereta dan dua biji motor, temui kami di perjalanan yang kami akan lalui ini:
a) 2.00 petang Sabtu :Taman Universiti ke Taman Nusantara melalui Lima Kedai
b) 8 mlm , Sabtu : Taman Nusantara - Kg Ladang
c) 2 ptg, Ahad : Kg Ladang ke Taman Universiti melalui Ulu Choh
Terima kasih kepada semua pihak yang sama2 bakal dijayakan pd 20-21 feb ini.Tidak lupa jg kepada IPD Trafik cawangan, Trafik Tunku Aminah dan Nusajaya, kerana telah maklum ambil berat mengenai konvoi Rally Nisa' GP ini, pesanan dari Tuan dan Inspektor semua akan kami ikuti. Insyaallah.


Buat sahabat2, banyak bermohon dan bermunajat pdNya supaya segala perancangan Rally kita berjalan sebaik mungkin. :) Sebarang pertanyaan mengenai rally boleh terus menghubungi number 0137205878. Ayuh bergerak semaxima mungkin untuk sama2 kita mencapai matlamat RALLY NISA" GP!!

Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~