Friday, January 1, 2010

sama-sama Ikhlaskan segalanya dalam setiap langkah!!

Salamalaik
Purple Circle yang terbaru, pada Rabu lepas kita membincangkan soal "Amanah" dan Ikhlas Dalam Perjuangan..Sama2 kita berkongsi artikel ini..Moga ia jadi muhasabah dan peringatan buat kita semua..

Ramai orang yang berjuang. Tapi tidak seramai itu pula yang berjuang dengan ikhlas. Melalui interaksi dengan Kitabullah dan Nabi Muhammad saw., para sahabat amat memahami bahawa memurnikan (mengikhlaskan) orientasi dan amal hanya untuk Allah adalah suatu keniscayaan yang tidak dapat ditawar-tawar lagi.

Mereka meyakini sepenuhnya bahawa hal itu merupakan kunci untuk memperoleh pertolongan dan dukungan Allah dalam setiap pertempuran yang mereka terjuni, menghadapi musuh-musuh mereka, baik musuh dari dalam diri mahupun dari luar diri mereka.

Mereka menghayati firman Allah swt.: “Tidaklah sepatutnya bagi penduduk Madinah dan orang-orang Badwi yang berdiam di sekitar mereka, tidak turut menyertai Rasulullah (pergi berperang) dan tidak patut (pula) bagi mereka lebih mencintai diri mereka daripada mencintai diri Rasul. Yang demikian itu ialah kerana mereka tidak ditimpa kehausan, kepayahan, dan kelaparan pada jalan Allah. Dan tidak (pula) menginjak suatu tempat yang membangkitkan amarah orang-orang kafir, dan tidak menimpakan suatu bencana kepada musuh, melainkan dituliskanlah bagi mereka dengan yang demikian itu suatu amal soleh. Sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik.” [At-Taubah (9):120]

Para sahabat memahami hal itu dan mengaplikasikannya dalam diri mereka. Maka terlihat dalam perilaku mereka. Syadad bin Al-Hadi mengatakan, seorang Arab gunung datang kepada Rasulullah saw. lalu beriman dan mengikutinya. Orang itu mengatakan, “Aku akan berhijrah bersamamu.” Maka Rasulullah saw. menitipkan orang itu kepada para sahabatnya.

Saat terjadi Perang Khaibar, Rasulullah saw. memperoleh ghanimah (rampasan perang). Lalu beliau membahagi-bahagikannya dan menyisihkan bahagian untuk orang itu seraya menyerahkannya kepada para sahabat. Orang itu biasa menggembalakan binatang ternak mereka.

Ketika ia datang, para sahabat menyerahkan bahagiannya itu. Orang itu mengatakan, “Apa ini?” Mereka menjawab, “Ini adalah bahagianmu yang dibahagikan oleh Rasulullah saw.” Orang itu mengatakan lagi, “Aku mengikutimu bukan kerana ingin mendapatkan bahagian seperti ini. Aku mengikutimu semata-mata kerana aku ingin tertusuk dengan anak panah di sini (sambil menunjuk tenggorokannya), lalu aku mati lalu masuk syurga.”

Rasulullah saw. mengatakan, “Jika kamu jujur kepada Allah, maka Dia akan mengizinkan keinginanmu.” Lalu mereka berangkat untuk memerangi musuh. Para sahabat datang dengan memapah orang itu dalam keadaan tertusuk panah di bahagian tubuh yang ditunjuknya. Rasulullah saw. mengatakan, “Inikah orang itu?” Mereka menjawab, “Ya.” Rasulullah saw. berkata, “Ia telah jujur kepada Allah, maka Allah memakbulkan keinginannya.”

Lalu Rasulullah saw. mengkafaninya dengan jubah beliau kemudian mensolatinya. Dan di antara doa yang terdengar dalam solatnya itu adalah: “Allaahumma haadza ‘abduka kharaja muhaajiran fii sabiilika faqutila syahiidan wa ana syahidun ‘alaihi” (Ya Allah, ini adalah hamba-Mu. Dia keluar dalam rangka berhijrah di jalan-Mu, lalu ia terbunuh sebagai syahid dan aku menjadi saksi atasnya).” (Diriwayatkan oleh An-Nasai)

Anas Bin Malik ra. menceritakan bahawa seorang laki-laki datang kepada Rasulullah saw. seraya mengatakan, “Ya Rasulullah, sesungguhnya aku orang hitam, buruk rupa, dan tidak punya harta. Jika aku memerangi mereka (orang-orang kafir) hingga terbunuh, apakah aku masuk syurga?” Rasulullah saw. menjawab, “Ya.” Lalu ia maju dan bertempur hingga terbunuh.

Ia lalu dibawa kepada Rasulullah saw. dalam keadaan sudah meninggal. Rasulullah saw. mengatakan, “Sungguh Allah telah membuat indah wajahmu, membuat harum baumu, dan membuat banyak hartamu.” Beliau kemudian melanjutkan, “Aku telah melihat kedua isterinya dari kalangan bidadari mereka berebut jubah yang dikenakannya. Mereka masuk antara kulit dan jubahnya.” (Diriwayatkan oleh Al-Hakim)

Begitulah para sahabat mempraktikkan ikhlas dalam perjuangan. Dan begitu pulalah seharusnya kita mempraktikkannya. Dan jika ada niat yang tidak jelas dalam jiwa selain keikhlasan, maka hendaknya kita ingat hal-hal berikut ini:

Pertama, bahawa Allah mengawasi, mengetahui, mendengar, melihat kita. Firman-Nya: “Dan Dialah Allah (Yang Disembah), baik di langit mahupun di bumi; Dia mengetahui apa yang kamu rahasiakan dan apa yang kamu lahirkan; dan mengetahui (pula) apa yang kamu usahakan.” [Al-An'am (6): 3]

Katakanlah: “Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu melahirkannya, pasti Allah mengetahui.”

Allah mengetahui apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. [Ali Imran (3): 29]

Kedua
, bahawa orang yang riya (ingin dilihat orang) atau sum’ah (ingin didengar orang) dalam beramal akan dibongkar oleh Allah semenjak di dunia sebelum di akhirat. Dan mereka tidak mendapatkan bahagian dari amal mereka selain dari apa yang dinginkannya.

Rasulullah saw. bersabda, “Siapa yang ingin (amalnya) didengar orang, maka Allah akan membuatnya di dengar; dan siapa yang ingin (amalnya) dilihat orang, maka Allah akan membuatnya dilihat orang.” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)

Ketiga, bahawa kekalahan yang diderita kaum Muslimin dewasa ini adalah akibat kezaliman kita sendiri. Firman-Nya: “Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikitpun, akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri.” [Yunus (10): 44]

Keempat
, bahawasanya ketidakikhlasan menghancurkan amal, besar mahupun kecil. Dan dengan demikian bererti kita telah membuat perjuangan kita bertahun-tahun sia-sia belaka. Allah swt. berfirman: “Dan sesungguhnya telah merugilah orang yang telah melakukan kezaliman.” [Thaha (20): 111].

“Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.” [Al-Furqan (25): 23]

Dan Rasulullah saw. bersabda, “Aku benar-benar mengetahui orang-orang dari umatku yang datang pada hari kiamat dengan membawa kebaikan-kebaikan seperti gunung Tihamah. Lalu Allah menjadikannya bagaikan debu yang tertiup angin.”

Tsauban berkata, “Wahai Rasulullah, terangkanlah sifat mereka kepada kami agar kami tidak seperti mereka, kerana kami tidak mengetahui mereka.” Rasulullah saw. menjelaskan, “Mereka adalah termasuk saudara-saudara kamu dan seperti kulitmu. Mereka menggunakan waktu malam seperti yang kamu lakukan, akan tetapi mereka adalah orang-orang yang jika berhadapan dengan larangan-larangan Allah mereka melanggarnya.” (Riwayat Ibnu Majah)

Kelima, orang-orang yang beramal bukan kerana Allah adalah orang yang pertama dibakar untuk menyalakan neraka. Dalam hadits panjangnya, Rasulullah saw. menjelaskan nasib tiga kelompok manusia yang celaka di hari akhirat kerana beramal dengan riya.

Keenam, orang-orang yang riya’ akan menjadi teman syaitan pada hari kiamat di dalam neraka jahanam. Mereka kekal di dalamnya. Cukuplah bagi kita kisah Quzman, seperti yang diterangkan oleh Qatadah –semoga Allah meredhainya.

Beliau menjelaskan, “Di antara kami ada orang asing dan diketahui siapa dia. Ia dipanggil Quzman. Adalah Rasulullah saw. setiap disebut namanya selalu mengatakan bahawa dia termasuk penghuni neraka. Saat terjadi Perang Uhud, Quzman terlibat dalam pertempuran sengit sampai berhasil membunuh lapan atau tujuh orang musyrik. Memang dia orang kuat.

Lalu ia terluka lalu dipapah ke rumah Bani Zhufr. Beberapa lelaki dari kaum Muslimin mengatakan kepadanya, ‘Demi Allah, engkau telah diuji hari ini, hai Quzman, maka berbahagialah.’ Quzman menjawab, ‘Dengan apa aku bergembira. Demi Allah sesungguhnya aku berperang tidak lain kerana membela nama kaumku. Jika bukan kerana hal itu aku tidak akan turut berperang. Ketika merasakan lukanya semakin parah, ia mencabut panah dari tempatnya lalu bunuh diri.” (Al-Bidayah Wan-Nihayah, Ibnu Katsir)

Marilah kita bersama ingatkan jiwa kita dengan peringatan-peringatan tersebut agar dalam bergerak, berjuang, dan berkorban (tadhhiyah) senantiasa ikhlas kerana Allah.
Wallahualam

Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~

Tuesday, December 29, 2009

KENDARAT NISA'

Sabtu yang lalu 26 Dec, beberapa ajk Nisa' GP telah menjadi kendarat a.k.a jong kako di Majlis Menyambut Menantu rumah Tn Haji Sabri di Kangkar Pulai..

Alhamdulillah seramai hampir 10 orang NIsa' bersama Muslimat GP turun padang...

Tujuan utama kami adalah memasyarakatkan Nisa' bersama penduduk Gelang Patah di samping mempromosikan Nisa' itu sendiri...

Bila kita turun padang dengan memakai vest NISA', secara tidak langsung mereka akan tertanya-tanya apa itu Nisa', kelab apa itu dan macam-macam lagi yang mereka ingin tahu berkaitan Nisa'..

Semoga usaha murni Nisa' ini dalam membantu penduduk setempat akan di balas olehNya...

NIsa' Nisa' Nisa' Mantop! Mantop! Mantop!

Jaga bahagian nasi

Jaga bahagian air...

Walaupun penat, kami masih mampu tersenyum..

Muslimat sebagai penyambut tetamu

kenangan bersama pengantin..





Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~

Thursday, December 24, 2009

:: GEN - i CAMP 09 ::

Gelombang "PURPLE" menyerang Jeti Pendas laut

Gen - i !! Mantap!!.Gen - i !! Mantap !!.itulah slogan yang sentiasa dilafazkan oleh adik2 peserta Generasi Islam Camp pada 22 - 23 Disember lepas bertempat di Kg Ladang, Gelang Patah sepanjang Kem ini berlangsung. Dengan izinnya Kem Generasi islam berjaya dilaksanakan walaupun pada awalnya masing2 agak tergesa2.

Seramai 52 peserta berumur 10 hingga 19 tahun telah bersama kami pada kem kali ini. Berkonsepkan ke arah pembinaan generasi Islam kelak, seluruh tenaga urusetia berusaha semampu mungkin bagi menjadikan kem ini yang terbaik.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan, antaranya team working, boating, kembara generasi Islam dan pelbagai lagi. Moga adik2 semua dapat segala input yang cuba kami kongsikan dan berikan pada adik2 selama kita bersama pada kali ini.



adik2 muslimin mempersembahkan "robot" ciptaan mereka

Dua biji "robot" berdiri gah di hadapan..


adik2 muslimat berusaha menyiapkan 'robot' ciptaan mereka

bersiap sedia menuju ke jeti pendas laut
beratur cepat..kita nak naik boat ni..


jeti kg pendas laut


sabar menantikan ketibaan bot

pandangan dari laut : Singapore

merentasi sempadan Singapore - Malaysia


bersama bonda2 di jeti pendas laut


" Puteri Harbour" sedang dalam pembinaan bersama adik2 muslimat , kepenatan mungkin

saat-saat matahari terbenam : rumah2 di persisiran tanjung

selamat tiba di jeti kembali
Terima kasih bonda-bonda kerana sentiasa bersama kami sepanjang Gen - i camp

Islam is The way of Life : disampaikan oleh ayahanda

kelaparan : BBQ


Latihan Dalam Kumpulan
team working
Majlis Penutup Gen - i Camp
Adik-adik muslimin harapan agama..Insyaallah


Lagu Tema Gen - i Camp

BILAKAH LAGI KITA SEMUA SATU HATI
BILAKAH LAGI KEAMANAN KAN DIKECAPI
BILAKAH LAGI ISLAM KAN DIJULANG TINGGI
BANGUNLAH WAHAI UMMAH KITA SATU HATI

MARILAH BERSAMA BERSATU
MENENTANG KEZALIMAN
OH INSAN SEDARLAH
PEMBALASAN TUHAN PASTI AKAN DATANG

JANGAN TAKUT
BERJUANG UNTUK KEAMANAN

BILAKAH LAGI KITA SEMUA SATU HATI
BILAKAH LAGI KEAMANAN KAN DIKECAPI
BILAKAH LAGI ISLAM KAN DIJULANG TINGGI
BANGUNLAH WAHAI UMMAH KITA SATU HATI

(Album Di Palang Ini)
Lirik : Abu Marwan
Lagu : Copyright Control

Gen - i !! Mantap!! Bersatulah adik2 Gen -i !!


Buat sahabat2 yang berusaha bersama2 menjayakan kem ini terutama sekali buat semua unit Modul dan fasilitator, jazakumullah khairan katsiran diucapkan. Buat sahabat2 yg tidak berkesempatan bersama pd kali ini..insyaallah nantikan program yang seterusnya k.
Wssalam.

Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~