Sunday, December 13, 2009

RALLY NISA' GELANG PATAH (GP)

Assalamualaikum w.b.t
.
Alhamdulillah pada 12 Disember 2009, Sabtu di rumah Ketua Nisa' GP, jam 9.00 pagi telah diadakan perbincangan pertama Team Penggerak Rally Nisa' GP. Rally Nisa' GP berkonsepkan Konvoi Dakwah dan Islah ini di anjurkan oleh Unit Pembangunan Insan (UPI) Nisa' Gelang Patah.
.
Tarikh : 20 - 21 February 2010
.
Objektif Rally Nisa' GP ialah :
1) Mendekati masyarakat setempat di sekitar Gelang Patah dengan membawa agenda Dakwah dan Islah.
2) Memeperkenalkan Nisa' Gelang Patah ke seluruh masyarakat Gelang Patah dari semua lapisan umur.
3) Menerapkan pemantapan rohani dan fizikal kepada ahli Nisa' Gelang Patah.
.
Antara aktiviti-aktiviti Rally Nisa' GP:
1) Edaran Risalah
2) Sukaneka Rakyat
3) Motivasi Akademik
4) Kempen Sayangi Diri
5) Konvoi Dakwah dan Islah
.
Semoga segala perancangan yang telah kita bincangkan ini dipermudahkan olehNya.
Kepada semua sahabat-sahabat penggerak Rally Nisa' GP, teruskan gerakerja kita semua sehabis baik untuk mencapai matlamat yang kita telah gariskan selari dengan tuntutan Islam. Insyaallah.
.
Nantikan Rally Nisa' GP pada February ini..
.
"Kita Merancang, Allah Merancang, Hakikatnya Perancangan Allah Itu Yang Terbaik"
Segala persoalan atau cadangan atau apa2 shj boleh contact saya terus. Terima Kasih.
.
Wallahualam.
Husna Aimi Halidan
Rally Nisa' GP.

Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~

Sunday, November 22, 2009

Sambutan 2 Dekad Pasti

Semalam, 21 hb Nov 09, berlangsung di Stadium Tertutup Pasir Gudang...

pembukaan majlis dimulakan dengan pembarisan dari semua kawasan pasti..


ada juga pertandingan hiasan booth terbaik





acara sukaneka untuk pelajar pasti, guru-guru dan ibu bapa.
memang best tengok gelagat mereka ni.

perah dik..jangan x perah..

warna cantik2..nnti dpt adiah..

anyam ketupat..

hiasan hantaran..huhu..siapa paling kreatif nie..?

bersemgat akak tu..

setelah berpenat lelah...para urusetia sempat lagi berposing selepas abis game tadi..

urusetia dari Gelang Patah

Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~

Thursday, November 19, 2009

Majlis Perkahwinan Farah (Nisa' GP) & Khairul



Alhamdulillah! Kami Nisa' gelang Patah bakal menerima seorang lagi 'isteri orang' sebagai ahli Kelab. Almaklumlah, kami2 ni ramai yang bujang, maka bila menerima ahli lama yang berstatus baru, alangkah gembiranya.


Semoga Kak Farah dan Akhi Khairul di panjangkan jodoh dan diberkati di dunia dan akhirat. Insyaallah, kami Nisa' GP akan beramai2 serbu rumah Kak Farah pada 20hb tu. Nantikan kemunculan bergaya kami!


Kak Farah (yang sedia busy)

Akhi Khairul (yang sedia busy juga)

Ya Allah,
Kami Menzahirkan Diri Kami Pada Hari Ini…
Untuk Sama-Sama Meraikan Pembentukan Sebuah Lagi Masjid Ummatmu…
Berkatilah Ya Allah… Kehadiran Kami Ini…
Semoga Berkatmu Ini Akan Menjadi Penyubur..Pada Pembinaan Perkahwinan…
Yang Penuh Dengan Mawaddah Dan Rahmah…

Ya Allah…Ya Rabbana…
Kami Hanya Mampu Untuk Menadah Tangan Kami Kepadamu…
Dan Memohon Kepadamu Dengan Penuh Munajat…
Agar Apa Yang Kami Pinta Ini Dimakbulkan…
Sekiranya Pada Diri Kami Ini Masih Ada Kelemahan Dan Dosa….
Janganlah Ya Allah …Perkara Ini Menjadi Penghalang…
Pada Termakbulnya Doa Kami…. Yang Terbit Dari Hati Yang Ikhlas…
Dan Dari Jiwa Yang Sentiasa Mengharapkan Kebesaranmu Serta Keampunanmu…

Allahumma….
Kami Berdoa Agar Kedua Mempelai Ini… Akan Terus Melengkapkan Iman Mereka…
Melalui Perkahwinan Mereka…
Bekalkan Mereka Dengan Kasih Sayang Sejati…
Perasaan Belas Kasihan Yang Hakiki…
Tekad Usaha… Yang Tidak Mengenal Penat…
Tawakkal Kepadamu… Yang Tidak Mengenal Pasrah….
Kesetiaan Antara Satu Sama Lain… Yang Tidak Mengenal Sangsi…
Ketaatan Kepada Orang-Orang Tua Mereka… Yang Tidak Mengenal Derhaka…
Dan Yang Terpenting…
Keimanan Kepada-Mu… Yang Tidak Mengenal Ingkar…

Ya Rahman…Ya Rahim….
Insafikan Mereka Berdua Ini….
Bahawa Kejayaan Perkahwinan Mereka Bukan Bermula Dengan Kekayaan….
Bukan Bertapakkan Kedudukan…..
Dan Bukan Bersemarak Dengan Pujian….
Insafikan Mereka Ya Allah…..
Sebagaimana Juga Kami Yang Lain Telah Diinsafi….
Bahawa Kebahagiaan Perkahwinan Mereka Bermula Dengan Tidak Lupa Pada-Mu….
Dengan Sentiasa Merindukan Kehadiran-Mu…. Dan Dengan Berkekalan Mensyukuri Nikmat Iman Anugerahmu…

Kurniakan Kepada Mereka Berdua…

Sifat Saling Kukuh – Mengukuh…Sebagaimana Berlakunya Antara Rasulullah S.A.W Dengan Khadijah….

Kerana Sesungguhnya… Mereka Berdua Akan Melalui Perjalanan Yang Tidak Lekang Dari Diuji…

Kurnia Kepada Si Isteri Kesetiaan Kepada Suaminya… Sebagaimana Kesetiaan Zainab Binti Muhammad S.A.W….

Peng`Abdian Kepada Allah S.W.T…Sebagaimana Peng`Abdian Rabiah Al-`Adawiyyah..

Dan Iltizam Untuk Menjadi Isteri Serta Ibu Yang Solehah…Sebagaimana Yang Ada Pada Sumayyah Binti Hubbath…

Kurniakan Juga Kepada Si Suami…Kebijaksanaan Membimbing Isterinya Ke Ambang Syurga…

Dan Semoga Dia Sabar…Dengan Apa Pun Yang Menduganya… Sebagaimana Nabi Allah Ayyub…

Bersabar Dengan Ujian Terhadap Imannya, Kesihatannya Dan Keluarganya…

Ya Allah….
Sesungguhnya Tidak Ada Doa Yang Susah Bagimu Untuk Makbulkan…..
Bagi Kami Yang Sama-Sama Menghadiri Majlis Pada Hari Ini….
Insafi Juga Diri Kami…
Supaya Kami Mampu Menjadi Contoh Yang Hidup Bagi Kedua Mempelai Ini…
Bagi Ahli Keluarga Kedua Mempelai… Yang Telah Kembali Ke Rahmat-Mu…
Izinkan Arwah Mereka Untuk Menyaksi…Saat-Saat Kebahagiaan Mereka Berdua…
Semoga Anak…Cucu… Dan Keturunan Mereka… Akan Merupakan Insan-Insan Yang Bakal Mewarisi Tunggak Agama-Mu…Dan Tanahair Yang Kami Cintai Ini…

Amin….Ya Rabbal `Alamin….

Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~