Friday, December 9, 2011

Pengaruh Warna Pada Emosi dan Kehidupan

colors by ~laila-henriette on deviantART
Warna sejak sekian lama telah diketahui boleh memberikan pengaruh terhadap kehidupan, psikologi dan emosi manusia. Warna juga menjadi bentuk komunikasi tanpa lisan yang boleh mendedahkan mesej secara segera dan lebih bermakna. Misalnya warna merah bererti bahaya atau putih yang dikaitkan dengan kesucian.

Bahkan, ada ilmu yang menggunakan warna untuk terapi warna atau yang disebut colourology (menggunakan warna untuk meyembuhkan). Kaedah ini sudah dipraktikkan oleh banyak kebudayaan kuno seperti Mesir dan China.

Mata kita boleh menangkap tujuh juta warna yang berbeza. Tetapi ada beberapa warna utama yang boleh mempunyai kesan pada kesihatan dan mood. Setiap warna memancarkan panjang gelombang tenaga yang berbeza dan mempunyai kesan yang berbeza pula. Dengan menggunakan pelbagai nuansa warna di rumah anda boleh membawa harmoni, kestabilan dan keseimbangan.

Merah
Merah adalah warna yang paling sering menarik perhatian. Warna memiliki karateristik merangsang saraf, kelenjar adrenal (endokrin) dan saraf deria. Merah juga meningkatkan peredaran darah dan kereaktivan darah itu sendiri.

Warna merah juga paling berkesan untuk merangsang dan meningkatkan tenaga fizikal, mengukuhkan motivasi, meningkatkan peredaran, dan berkaitan dengan seksualiti. Merah juga membangkitkan emosi dan mencipta perasaan kegembiraan atau intensiti. Tetapi pada masa yang sama, warna ini boleh dianggap sebagai tuntutan dan sikap agresif.

Kuning
Kuning adalah warna cerah yang dapat menarik banyak perhatian. Warna ini boleh digunakan sedikit untuk notis, seperti cahaya kedua-dua lampu brek yang berada di kendaraan.

Warna kuning merangsang fungsi tubuh, seperti aliran hempedu dan cara kerja hati. Ia mempunyai sifat pencahar dengan cara mempromosikan perembesan asid perut dan membantu pembuangan usus. Kuning juga berkaitan dengan intelektual dan proses mental. Warna cerah ini juga merangsang otak serta membuat anda lebih berwaspada dan tegas.

Orange
Orange ialah kombinasi warna merah dan kuning. Merupakan warna hangat dan mesra yang membuat orang merasa selesa. Orange berkaitan dengan cakra suci dan diyakini bermanfaat untuk buah pinggang, saluran kencing dan organ repoduksi. Dia juga meningkatkan metabolisme, memperkuatkan paru-paru, limpa dan pankreas.

Biru
Dari semua warna dalam spektrum, biru adalah warna yang boleh meningkatkan nafsu makan untuk itu disyorkan meletakkan makanan di pinggan biru. Biru juga boleh melambatkan denyut nadi dan suhu badan lebih rendah. Ini adalah warna yang menenangkan dan diyakini mengatasi insomnia, kecemasan, masalah kerongkong, tekanan darah tinggi, migrain dan kerengsaan kulit.

Warna ini juga meningkatkan ekspresi lisan, komunikasi, ekspresi artistik dan kekuatan. Biru yang kuat (biru tua) akan merangsang pemikiran yang jernih dan biru muda akan menenangkan fikiran dan membantu konsentrasi.

Violet
Warna ini membawa perasaan damai dan saling memahami. Warna ini juga membantu tidur anda. Dari kumpulan warna-warna lain radian warna violet ini dipercayai akan menghalang perkembangan tumor. Nafsu makan tidak terkawal boleh dikendalikan oleh warna ini. Warna ini juga dikatikan dengan spiritual, intuisi, kebijaksanaan, penguasaan, kekuatan mental dan tumpuan.

Hijau
Hijau dikaitkan dengan dunia alam. Kerana hubungannya dengan alam, hijau dianggap sebagai warna menenangkan dan santai. Warna ini boleh membantu orang yang sering merasa tegang. Hijau akan mengimbangkan emosi, mencipta keterbukaan antara anda dan orang lain. Warna ini juga berkaitan dengan cakra jantung sehingga dipercayai membantu masalah emosional, seperti cinta, kepercayaan, dan kasih sayang.

Para penyelidik juga mencari warna hijau dapat meningkatkan kemampuan membaca pelajar. Para pelajar yang membaca bahan tulisan di atas lembaran hijau telus akan meningkatkan kelajuan membaca dan pemahaman. Kesan rehat dan menenangkan dari warna ini mungkin jadi puncanya.

Indigo
Warna-warna nila ini dipercayai akan meningkatkan intuisi dan memperkuatkan sistem getah bening, kekebalan tubuh dan membantu memurnikan serta membersihkan tubuh.

Putih
Pilihlah warna putih untuk meredakan rasa sakit. Putih juga memberikan aura kebebasan dan keterbukaan. Rumah sakit dan pekerja rumah sakit menggunakan warna putih untuk mencipta kesan steril. Namun, terlalu banyak banyak warna putih boleh memberikan rasa sakit kepala dan keletihan mata kerana cahaya yang dipantulkan.


Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~

Thursday, December 8, 2011

Gempa Bumi Sederhana di Indonesia


JAKARTA 8 Dis. - Gempa bumi sederhana berukuran 5.8 magnitud pada skala Richter melanda Pulau Maluku di timur Indonesia semalam, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gegaran pada pukul 10.38 malam (9.38 malam waktu Malaysia) itu berlaku di kedalaman 16 kilometer dan 310 kilometer dari barat laut Ambon.

Tiada kematian atau kerosakan yang dilaporkan setakat ini. - AFP

Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~

Wanita dan Kerjaya

Gambar: SINI
Oleh NURBALQIS HAYATI AHMAD NAJIH

Penglibatan dan peranan wanita dalam membangunkan masyarakat dan negara adalah penting berasaskan kepada tugas dan tanggungjawab malah merupakan satu usaha positif untuk mencapai tahap lebih tinggi berdasarkan kepada konsep pembangunan bersepadu iaitu dari aspek fizikal dan mental setanding dengan kaum lelaki.

Islam tidak menghalang wanita untuk melakukan pekerjaan di luar rumah sekiranya ia merupakan keperluan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Malahan Islam menganggap pekerjaan yang dilakukan oleh wanita atau lelaki merupakan suatu ibadah selagi dilakukan dengan niat yang ikhlas dan tidak terkeluar dari landasan dan peraturan Islam.

Sebagai contoh, wanita-wanita pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. turut sama membantu keluarga mereka seperti menggembala, bertani, berniaga dan sebagainya. Contohnya Asma´ binti Abu Bakar yang bekerja sebagai petani dan membantu suaminya mengangkut hasil buah tamar dari ladang ke pasar yang jauhnya kira-kira 1.4 km.

Adalah menjadi kebiasaan bagi wanita bekerja membantu keluarga dan penglibatan mereka tidak menimbulkan masalah kerana dalam budaya masyarakat Malaysia tugas-tugas di luar rumah sudah menjadi perkara biasa dan sangat diharapkan bagi membantu menambahkan pendapatan keluarga yang nyata memerlukan sumber kewangan lebih.

Secara lazimnya, seseorang wanita yang telah berumah tangga akan bertanggungjawab untuk mengurus dan mentadbir keluarga serta melaksanakan tugas sebagai seorang isteri atau ibu. Maka perbelanjaan rumah yang diberikan mesti digunakan sebaik mungkin dan pelajaran anak-anak juga merupakan keutamaan bagi seorang wanita.

Bagi wanita yang berkerjaya, tanggungjawab mereka juga semakin bertambah kerana wanita yang berkerjaya perlu melaksanakan tanggunjawab sebagai pekerja dan memastikan segala tugasan dilakukan dengan sempurna maka secara tidak langsung wanita bukan sahaja memikul tanggungjawab sebagai isteri, ibu, malahan sebagai pekerja.

Faktor pertama yang menyebabkan wanita bekerja ialah pendidikan yang mereka miliki dan keiinginan untuk mahu menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang ada secara total.

Tidak dapat disangkal lagi wanita yang bekerja dapat mengimplementasikan pengetahuan dan kemahiran yang ada pada mereka dan dalam masa yang sama mereka mampu memperoleh pendapatan sendiri sekali gus membantu meningkatkan taraf ekonomi keluarga.

Perubahan sosial dan keperluan ekonomi yang tinggi juga merupakan antara faktor wanita keluar bekerja kerana tuntutan ini memerlukan mereka membantu suami untuk membentuk keluarga yang bahagia dan selesa serta meringankan beban suami.

Walau apa sekalipun faktor yang menjuruskan wanita, isteri dan ibu keluar bekerja, tanggungjawab dan pembahagian masa antara keluarga dan kerjaya perlulah seiringan agar tidak mengabaikan mana-mana pihak.

Wanita yang bekerja perlu memastikan keperluan rumahtangga dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu perlu dilaksanakan sebaik mungkin walaupun mereka terpaksa bekerja pada siang harinya dan ketika di pejabat mereka juga perlu memberikan komitmen yang penuh untuk melunaskan tugas yang diberikan kepada mereka.

Wanita perlu menghargai kepercayaan yang diberikan oleh suami kepada mereka dan perlu menjaga nama baik suami dan keluarga ketika berada diluar dan pihak suami sewajarnya memberi perhatian dan panduan serta bimbingan sekiranya isteri mereka memerlukan pendapat dan tempat untuk meluahkan masalah kerana sifat tolak ansur dan tolong-menolong ini mampu melahirkan keluarga yang aman bahagia.

SUMBER: Halaqah.net

Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~