Monday, May 4, 2009

Nisa' Gelang Patah ; 'Nisa' Catering

Firman Allah dari surah Al-Balad, ayat 4:

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia sentiasa dalam perjuangan yang sukar dan penat” (90:4)


Penat!! Namun menyeronokkan!! Dalam kesibukan mengejar karier dan menguruskan kehidupan seharian sebagai anak, isteri dan pekerja, kami masih diberikan peluang oleh Allah untuk melakukan amal kebajikan kepada masyarakat di luar. Syukurlah, dengan semangat juang yang tinggi dalam diri setiap ahli Nisa' Gelang Patah, kami telah berjaya menubuhkan 'Nisa' Catering Team' buat julung kalinya.

Baru-baru ini juga kami telah mendapat tender katering untuk 300 orang selama 2 hari 1 malam. Ketua Chef kami, Kak Zi berjaya melaksanakan tanggungawabnya dengan cemerlang di samping mengawal lebih kurang 10 orang taiko-taiko chef yang bermacam-macam karenahnya. Tahniah Kak Zi dan member team catering yang lain. Thumbs up!

Walaupun kepenatan, kami tetap seronok dan gembira kerana misi kali ini berjaya!

Antara cabaran dan keseronokan yang dihadapi sepanjang 2 hari ini;

1. Kami masak dalam ribut/hujan yang amat lebat di malam hari

2. Tempahan yang diterima pada mulanya 150 orang sahaja pada sebelah petang, namun jumlah yang makan melebihi 200 orang! Tuhan saja yang tahu perasaan kam yang merasakan ketidakcukupan makanan buat tetamu. Namun akhirnya, ia cukup. Benarlah 'Allah lah yang mencukupkan sesuatu bagi hamba-hamba-Nya.

3. Kereta salah seorang Chef Nisa' mati ditengah-tengah kesesakan lalu lintas di Senai. Kelam-kabutnya kami menolak kereta ke tepi jalan dan mendapatkan pertolongan daripada pihak tertentu merupakan pengalaman yang cukup manis buat kami. Dua orang anggota Nisa' mengawal lalu lintas dengan memberikan isyarat kepada kenderaan yang lain, seorang yang lain erat dengan telefon menunggu panggilan masuk. Yang lain-lain menunaikan solat di dalam kereta. Mujurlah ada lebihan air masak yang dibawa di dalam bekas air bagi mengambil wudhu'.

4. YANG PENTING : Tidak seorang pun taiko chef dapat tidur melebihi 2 jam setengah pada dua hari berturut-turut ini. Letih dan pening kepala jadinya.


Episod tarbiah bermula

Bukan sekadar katering, ada skil sebagai 'waitress'!


Nisa' Gelang Patah yang BEST!


Memang sedap!


Ulam-ulaman. Nyum!!

Masih mengemas

Sarapan pagi


Si cilik sabar menemani ibunya


Episod tarbiah 'extra'

Polisterin 'ice box' di atas kereta sebagai tanda isyarat

Mengawal lalu lintas yang sesak

Tangan yang berjuang


Buat setiap srikandi Nisa' Gelang Patah, bersemangat dan bersungguh-sungguhlah dalam setiap perkara yang kita lakukan. InsyaAllah, ganjaran daripada Allah akan datang kepada hamba-hamba yang ikhlas membantu agama Allah.

Syukran jazilan daripada pihak moderator nisagp.blogspot kepada semua yang terlibat dalam acara katering kali ini. Sesungguhnya tanpa usaha dan kekentalan daripada kalian dan pertolongan daripada Allah Azza Wa Jalla, maka misi kita tidak berjaya seperti ini. Tahniah dan syabas!

Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya.” (Al-Insyiqaq: 6)


p/s: Ingin mendapatkan tempahan katering dari kami? Hantarkan maklumat dan no telefon anda di 'post comment' Nisa' Gelang Patah. Kami akan merespon anda dengan segera.


Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~

1 comment:

aja said...

salam..
saya ada projek di ptp bulan 5 ni yg berlangsung dlm 1-2 bulan so project team (abt 150 pax)tu memerlukan caterer yg boleh supply daily lunch buffet style (international + local dishes) siap dgn canopy, meja, kerusi + pelayan. Kalau boleh buat + berminat, bolehlah emailkan quotation ke alamat sitihajar@johorport.com.my atau contact saya di 019-7752165 utk keterangan lanjut.