Tuesday, May 17, 2011

Telekung Cleansing Action Oleh Nisa' Pasir Gudang


Sahabat Nisa' Pasir Gudang mengambil inisiatif untuk membersihkan telekung-telekung sekitar pasaraya dan stesyen bas dengan keizinan pihak berwajib.

Oleh itu bagi sahabat-sahabat Nisa' Gelang Patah yang mempunyai telekung yang masih ELOK dan juga bagi mereka yang ingin memberi sumbangan RM untuk telekung baru boleh lah menghubungi sahabat Nisa' Pasir Gudang melalui:

E-mail : nisapg@gmail.com
Hotline : 012-7244792

Maklumat lebih lanjut di blog Nisa' Pasir Gudang: SINI.

Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~

Thursday, May 5, 2011

Jalinan Kasih... Di Sini Hati Bertaut

Alhamdulillah, Khamis minggu lepas, bersamaan dengan 28 April 2011, Nisa' GP telah mengadakan program khas untuk mahasiswi tahun akhir di rumah Ketua Nisa' GP, kak Rozita Abdul.

Program yang bermula jam 5.30 petang itu dinamakan sebagai Jalinan Kasih. Seramai 15 orang mahasiswi tahun akhir dari pelbagai fakulti di UTM menyertai program tersebut. Program Jalinan Kasih ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan ukhwah sesama sahabat Nisa' GP dan memberikan kefahaman tentang unit-unit di dalam kelab Nisa' kepada para peserta.

Aktiviti petang itu dimulakan dengan sesi taklimat dan pembahagian kumpulan sebelum peserta mula bergerak ke checkpoint explorace.  



AJK program turut menyediakan BBQ untuk peserta yang hadir setelah bertungkus lumus menyiapkan tugasan kumpulan dalam aktiviti explorace.



Sesi penyampaian cenderahati kepada para peserta dan AJK program turut diadakan di akhir program sebagai tanda penghargaan kepada semua yang menjayakan program Jalinan Kasih kali ini.


Sahabat Nisa' GP mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan program ini.   Semoga hati-hati yang berkumpul dan berpisah kerana Allah ini terus tetap dalam perjuangan setelah keluar dari ruang universiti kelak. Insya'Allah.

Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~

Sunday, May 1, 2011

Selamat Pengantin Baru Kepada Sutinah A. Safar

Alhamdulillah. Salah seorang sahabat Nisa' GP, saudari Sutinah telah selesai melangsungkan majlis pernikahan pagi tadi di rumah keluarganya di Gelang Patah.


Majlis yang bermula seawal 9.00 pagi itu dihadiri oleh kaum kerabat dan sahabat-handai dari jauh dan dekat. Lafaz akad nikah dengan sekali lafaz oleh pengantin lelaki, saudara Rashid, telah menyatukan kedua pasangan mempelai dengan disaksikan oleh para tetamu yang hadir. Alhamdulillah.

Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup

Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu

Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Menongkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal keanak cucu
Moga kekal hingga ke syurga

-Hijjaz-

Sahabat-sahabat Nisa' GP mengucapkan selamat melangkah ke alam rumahtangga, dan mendoakan agar masjid yang dibina di jalanNya berkekalan hingga ke syurga. Ameen.

Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~