Friday, May 21, 2010

Amal Jama'i: Erti & Tuntutan

Alhamdulillah pada hari Rabu baru-baru ini (19/05/2010), Purple Circle berjaya dijalankan setelah agak lama menyepi. Walaupun dihadiri oleh 7 orang sahaja, namun pengisian padat dan panas mengenai Amal Jama'i : Erti & Tuntutan, menjadikan Purple Circle hangat..

Antara isi-isi penting yang saya ingin kongsikan dengan sahabat2, 3 perkara yang perlu ada dalam diri setiap ahli-ahli Nisa ialah;
1) Kefahaman.
2)Ketaqwaan.
3)Kepatuhan.

Ini kerana sekiranya ahli2 Nisa tidak dapat memahami dan menghayati ketiga2 perkara ini, kemungkinan besar dia boleh menjadi orang yang bukan hanya membebankan Kelab Nisa, malah tidak dapat membantu Kelab Nisa. Ahli-ahli Nisa perlu memilih ketiga2 perkara ini, bukan salah satu..

Oleh itu, ahli2 Kelab Nisa perlulah ikhlas dalam menjalankan tugas yang diamanahkan, tekun dan sabar dalam menyelesaikan tugasan mahupun program. Jika tidak memahami sesuatu perkara, terus usulkan pertanyaan pada pimpinan atasan seperti Ketua Nisa', pembantu Ketua Nisa.

Mudah-mudahan ilmu ini dapat menambah iltizam ahli-ahli Nisa kepada amal Jama'i yang diuruskan oleh Kelab Nisa'. Chaiyok3!!!! Nisa G.P hebat!!!!!
Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~