Klik 'Like' untuk sebarkan...
Tuesday, February 23, 2010
Rally NIsa' GP 2010
Klik 'Like' untuk sebarkan...
Saturday, February 20, 2010
PURPLE TEAM DI KEMUNCAK RALLY NISA' GP
Buat sahabat2, banyak bermohon dan bermunajat pdNya supaya segala perancangan Rally kita berjalan sebaik mungkin. :) Sebarang pertanyaan mengenai rally boleh terus menghubungi number 0137205878. Ayuh bergerak semaxima mungkin untuk sama2 kita mencapai matlamat RALLY NISA" GP!!
Klik 'Like' untuk sebarkan...
Tuesday, February 16, 2010
Rally Nisa' 2010
Nantikan kemunculan kami!!
Klik 'Like' untuk sebarkan...
Monday, February 8, 2010
Cinta Sejati
- Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.
- Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen
- Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah
- Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi, insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti
- Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu
- Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak
- Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat.
- Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda
Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.
Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."
Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.
MORAL & IKTIBAR
Klik 'Like' untuk sebarkan...
Wednesday, February 3, 2010
BAHANG RALLY NISA' GP SEMAKIN DIRASAI
Gegendang RALLY Nisa' GP semakin kedengaran dan dirasai..kelihatan semua tenaga penggerak Nisa' GP bersama keseluruhan ahli Nisa' GP sedang kuat bertungkus lumus dalam fasa persediaan ini sebelum kita semua memasuki fasa kemuncak gerakerja RALLY Nisa' GP..Terima Kasih sahabat2 ku..Moga Allah terus istiqamahkan kita dengan semangat gerakerja ini..Insyaallah..
Berkonsepkan konvoi Dakwah dan Islah, Rally Nisa' GP akan berada di sekitar kawasan Gelang Patah bermula 20 - 21 February 2010. Kepada sahabat2, kakak2, ibu2 dan adik2 remaja yang berhampiran dengan kami, rebutlah peluang untuk bersama kami di setiap "checkpoint" yang akan kami terokai..insyaallah.
20 February 2010
i) 8 pg - 10 pg : di Hutan Bandar Mutiara Rini.
ii) 10 pg - 12 tnghari : di sekitar Taman Universiti
iii) 4.00 ptg - 6.45 ptg : di Taman Nusantara, Gelang Patah
21 February 2010
i) 9 pg - 11 pg
a) Tanjung Nelayan D'Kampung Seafood Restoran Kg Ladang
b) Jeti Kampung Pendas Laut
c) Sekolah Kebangsaan Pendas Laut
Bertemakan "Kempen Sayangi Diri" Nisa' GP dalam usaha semaksima mungkin untuk merealisasikan tema dan objektif Rally Nisa' GP pada kali ini.
Pelbagai aktiviti yang akan kami bawakan bersama anda sepanjang RALLY NISA' GP ini berlangsung. Antaranya :
i) Nisa' Outdoor Games
ii) Tautan Kasih Nisa' GP
iii) Menggapai Kecemerlangan
iv) Nisa' In The Morning
Dan pelbagai lagi...Insyaallah
Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk bersama kami.dan mengenali kami dengan lebih dekat dan rapat.Konvoi Dakwah dan Islah kami ini akan memeriahkan lagi cuti hujung minggu anda semua pada 20 -21 February ini..Nantikan penjelajahan kami di sekitar kawasan Gelang Patah..Insyaallah
Bagi mana2 pihak yang ingin menyumbang kepada Rally Nisa' Gp kami ini, dengan sukacitanya dan berbesar hati kami menerimanya :). Segala sumbangan boleh terus disalurkan ke akaun CIMB yang bernombor 01130076004528 (akaun bernama aina mardziah) atau terus menghubungi kami di talian Nisa' Gelang Patah 0137205878. Segala bentuk sumbangan yang berkaitan amat kami alu2kan. Moga dengan sumbangan anda semua dapat melancarkan lagi program kami ini, sekaligus pastinya mendapat nilaian disisiNya. Insyaallah.
Segala cadangan atau komen atau apa2 sahaja mengenai program yang bakal kami jalankan ini amat kami alu2kan..
##Terima Kasih yang tidak terhingga buat Nisa' Malaysia yang telah mempromosikan Rally Nisa' GP ini di radio IKIM pada mlm 2 February lepas di slot Live Bersama Nisa' Malaysia.
Tidak lupa juga kepada Nisa' Negeri Johor yang memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk bagi kami mengemaskinikan segala langkah gerakerja kami.
Dan juga kepada Nisa' Kawasan2 sekitar Johor yang telah menyalurkan sumbangan kepada kami dan juga kepada semua pihak yang telah menyalurkan sumbangan dan memberi segala bantuan dalam fasa gerakerja kami ini.
Jutaan terima kasih kami ucapkan. Nialaian disisiNya itu pasti..
Moga segalanya dapat menguatkan kami bagi "Melaksanakan Impian Bersama". Insyaallah.Doakan program kami ini berjalan sebaik mungkin.##
"Kita Merancang, Allah Merancang, Sesungguhnya Perancangan Allah Itu Yang Terbaik"
Faiza 'Azamta Fatawakkal 'Alallah. Barakallahufik.
Wallahualam,
Husna Aimi bt Halidan
Rally Nisa' GP
Klik 'Like' untuk sebarkan...