Tuesday, December 7, 2010

Nantikan kemunculan Kem Motivasi Adikkku Sayang

Kem Motivasi Adikku Sayang
11-12 disember 2010
Sekolah Agama tanjung Kupang, Gelang Patah

Alhamdulillah, Nisa' Gelang Patah dijemput sekali sebagai Team Fasilitator bagi kem motivasi di gelang Patah
Sedang dalam proses perbincangan dan pembinaan modul-modul

Terima kasih buat sahabat-sahabat semua yang sedang bertungkus lumus menyiapkan modul masing-masing
Moga usaha kita yang sedikit ini di nilai di sisiNya sebagai amalan yang soleh.

Dan moga usaha kita ini juga mampu memberi impak positif yang besar buat adik-adik "Puteri Solehah" kita kelak. Insyaallah

Tribute to semua puteri-puteri serikandi islam semua..

"Lembut mu tak bererti
Kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi
Lelaki dalam berbakti

Lembutmu bukan hiasan
bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri
Pada Suami yang Sejati

Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung
Tersembunyi dalam diri

Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji
Mengabdikan diri

Malumu mahkota
Yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama

Wahai puteriku sayang
Kau bunga kebanggan

Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya"

Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~

Salam Ma'al Hijrah 1432h

Kuasa Hijrah!!

Alhamdulillah diberi nikmat iman  dan islam. Masih dikurniakan nikmat sihat dan umur kepada kita pada hari ini. Diberi peluang lagi oleh Allah SWT untuk menghirup nafas pada pagi ini dan bertemu dengan 1 Muharam 1432h..Syukur Ya Allah..

Rasulullah pernah bersabda, apabila ditanya apakah maksud hijrah itu?
"Apabila kita meninggalkan dosa-dosa kecil dan apatah lagi dosa-dosa besar"

Menyelusuri sirah Rasulullah dalam penghijrahan baginda ke kota Yathrib bersama saidina Abu Bakar, banyak pengajaran yang boleh kita ambil. Kisah bagaimana Saidina Abu Bakar melindungi rasulullah SAW dari dipatuk ular di gua Thur, kisah bijaknya 'Amir bin Fuhairah yang membawa sekawan kambing bagi menghilangkan bekas jejak Rasulullah SAW. Kisah Suraqah yang teruja dengan kebenaran yang dibawa Rasulullah SAW setelah kudanya berkali-kali rebah sewaktu mengejar Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar di padang pasir dalam usaha menggagalkan penghijrahan baginda.

Inilah kuasa cinta dan Iman yang tinggi kepada Allah dan RasulNya

Bermulanya penghijrahan ini, maka termaktublah perjanjian Aqabah 2, perjanjian yang memulakan dakwah islam disebar secara meluas dan alhamdulillah sampai ke diri kita pada saat ini.

Surah At-taubah : 20
"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah, dengan harta dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah. Mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan"

Jadi buat sahabat-sahabat dan semua,
Kuasa Hijrah Di tangan Kita
Jadi tunggu apa lagi??

Berhijrahlah ke arah kebaikan, leboh baik dari sebelum ini dan lebh baik dari semalam..Insyaallah


Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~

Tuesday, November 30, 2010

Sepagi di Gelanggang Futsal

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kepadaNya, atas segala nikmat dan limpah kurniaNya selama ini pada kita. Atas segala hadiah percuma yang Allah berikan buat hambaNya, bukan DIA mengharapkan bayaran atau balasan tetapi sentiasa bersyukurlah dan  sifat ubudiyyah kita yang paling penting serta pergantungan sepenuhnya pada Allah.

Sepagi di Gelanggang Futsal, 28 November yang lalu amat menyedarkan dan menginsafkan kami. inilah realiti dan gambaran masyarakat yang memang di ambang kehancuran jika tidak dibendung dan dicegah dari awal.

Sahabat-sahabat Nisa' semua, masih jauh dan berat tanggungjawab kita dalam agenda Dakwah ini. Lihatlah di luar sana, masih ramai yang perlukan kefahaman Islam, masih ramai yang dahagakan perhatian, tapi semuany itu perlu disampaikan secara hikmah dan mengikut situasin sasaran dakwah itu. Yang penting dasar Islam itu perlu dipegang dan digigit dengan geraham.

Surah Taubah : 42
Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka.Mereka akan bersumpah dengan nama Allah."Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu". Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahawa Sesungguhnya mereka benar-benar orang yang berdusta"

Dan Pasti nya juga dalam perjalanan ini ade yang pernah terjatuh, ade yang pernah terluka, ade yang pernah menangis. Tapi itu semua bukan alasan untuk kita berhenti di titik itu, itu bukan alasan untuk kita menyindiri. bahkan semua itu menjadi penguat dan pencetus kepada momentum baru yang sepatutnya dilonjakkan dengan lebih lagi. Ingatlah ganjaran dan nilaian disisiNya itu pasti!!

Al-Baqarah :
155. Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.

Dan yang paling penting inilah tarbiyah Allah yang amat bermakna buat kita, jika sebenar2 nya kita niat ikhlas kerana Allah, pasti rasa kemanisan perjuangan ini.Insyaallah

Moga Allah sentiasa pelihara kita dari melakukan dosa-dosa, samada secara sengaja atau tidak, samada kita perasan atau tidak dan terutama sekali dosa-dosa kecil, apatah lagi dosa-dosa besar

Tahniah team futsal Nisa' and buat sahabat2 Nisa' semua. Teruskan perjuangan dakwah dan Islam ini, kerana kita adalah mata rantai perjuangan Rasulullah SAW..

Tahniah dan terima kasih juga buat semua kumpulan yang telah bersama kami sepanjang Pertandingan Futsal Piala Perwanin berlangsung..

tahniah dan terima kasih juga buat semua AJK yang telah menjayakan pertandingan kali ini..Moga Allah terus istiqamahkan kita di jalanNya ini.Insyaallah





Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~