Tuesday, August 10, 2010

Nisa'GP Ramadhan Tour 2010

Assalamualaikum wbt.


"Dengan ini diistiharkan bahawa esok (1 Ramadhan 1431H / 11 Ogos 2010) adalah tarikh berpuasa bagi semua umat Islam di seluruh dunia,"

Alhamdulillah, teman-teman seperjuangan yang dikasihi, sungguh pantas masa berlalu bukan? Diam tak diam sudah masuk bulan Ramadhan. Bulan yang penuh rahmat, bulan yang penuh barakah, bulan pengampunan dan kasih sayang dari Allah Taala. Alhamdulillah...

Oleh itu, bersempena dengan bulan yang mulia ini, Nisa'GP sekali lagi mengatur langkah dengan mengadakan program yang begitu bermakna iaitu Nisa'GP Ramadhan Tour (13-15 Ogos 2010) yang mana program islah dan dakwah ini akan dijayakan antara Johor-Kuala Lumpur.

Permusafiran kami selama dua hari satu malam ini akan bermula di Check Point Pertama iaitu di Stesen Keretapi Kempas dan seterusnya ke Check Point Kedua iaitu di KL Central dan akan diteruskan lagi dengan check point yang masih dirahsiakan lagi (Jeng jeng jeng!).

Pelbagai modul yang menguji minda dan mencabar kreativiti setiap peserta telah disediakan oleh pihak urusetia program kali ini. Dan pastinya, program ini ditunggu-tunggu oleh semua peserta. Bagi peserta yang terlibat, ayuh, persiapkan diri anda. Fizikal, mental dan rohani!


(Ini Kak Zi...) (Credit to Rin's artwork, thanks.....)


Berikut disertakan sekali beberapa peringatan buat semua peserta :

1. Pastikan semua peserta berada di Check Point pertama : Stesen Keretapi Kempas, pada jam 11.00mlm (13 Ogos 2010).

2. Kenderaan untuk ke Check Point Pertama boleh dirujuk kepada saudari setiausaha Nisa'GP.

3. MINIMUMKAN barangan yang hendak dibawa. Beg galas diutamakan.

4. Bawa bersama ubat-ubatan jika perlu (Mengikut kumpulan)

5. Pakaian yang mencukupi dan kasut yang bersesuaian. (Sesuai untuk permusafiran, menutup aurat dan sopan). Warna tema : Ungu bagi kedua-dua hari.

Insyaallah, mudah-mudahan program yang bakal berjalan ini mendapat bantuan dan perlindungan daripada Allah Taala. Sama-sama kita doakan! (^^,)



Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~

Wednesday, July 28, 2010

Fadilat Surah Al-Baqarah

UNTUK PERLINDUNGAN DARI SEGALA KEJAHATAN:

  • Abu Mas'ud Albadri r.a. berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda;

"Barangsiapa membaca dua ayat dari surat Al-Baqarah, maka cukuplah baginya (dari hal-hal yang membencikan. Dan menurut sebahagian pendapat :sama dengan bersembahyang malam)."

(Riwayat Bukhari & Muslim)

UNTUK MEMOHON AGAR DIKABULKAN:

  • Ibnu Abbas r.a. bercerita: Pada suatu ketika Malaikat Jibrail berada disisi Nabi Muhammad s.a.w. , tiba-tiba terdengar suara dari atas, maka ia mengangkat kepalanya dan berkata: "Ini sebuah pintu dilangit, pada hari ini dibuka dan turun seorang malaikat memberi salam dan berkata:

"(Bergembiralah dengan dua cahaya penerangan yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepadamu dan belum pernah diberikan kepada seseorang Nabi sebelum kamu iaitu: FATIHUL KITAB dan akhir SURAH AL-BAQARAH. Tiada engkau membaca suatu huruf daripadanya melainkan pasti permintaanmu diberi)."

(Riwayat Muslim)

KEUTAMAAN DUA AYAT AKHIR DARI SURAH AL-BAQARAH:

(Maksudnya) "Rasul telah beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman, semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya. Mereka berkata: "Kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari Rasul-rasulNya, dan mereka mengatakan: Kami patuh dan taat; Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali."

Allah s.w.t. tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala dari kebajikan yang diusahakannya dan mendapat siksa dari kejahatan yang dikerjakannya. Mereka berdoa "Ya Tuhan kami, jangan Engkau bebankan orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami; dan rahmatilah kami, Engkaulah penolong kami, tolonglah kami atas orang-orang kafir."

(Surah Al-Baqarah: 285-286)

Untuk perlindungan dari segala kejahatan:

Abu Mas'ud Albadri r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud "Barangsiapa yang membaca dua ayat dari akhir surat Al-Baqarah, maka cukuplah baginya." (dari hal-hal yang membencikan dan menurut sebahagian pendapat; sama dengan bersembahyang malam)

(Riwayat Bukhari & Muslim)

Untuk memohon agar dikabulkan doa:

Ibnu Abbas r.a bercerita:

Pada suatu ketika Jibrail berada disisi Baginda s.a.w., tiba-tiba terdengar suara dari atas, maka ia mengangkat kepalanya dan berkata:

"Ini sebuah pintu dilangit, pada hari ini dibuka dan turun seorang malaikat lalu memberi salam serta berkata:

(Bergembiralah dengan dua cahaya penerangan yang diberikab oleh Allah s.w.t. kepadamu dan belum pernah diberikan kepada seseorang Nabi sebelum kamu, iaitu: Fatihul kitab dan akhir surah Al-Baqarah. Tiada engkau membaca suatu huruf daripadanya melainkan pasti permintaanmu diberi)

(Riwayat Muslim)


Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~

Tuesday, July 13, 2010

RETREAT NISA'10

Pada 7 Julai 2010 yang lepas, AJK Nisa' Gelang Patah telah menganjurkan RETREAT NISA' bagi sesi muhasabah dan brainstorm program-program Nisa'GP untuk sesi yang akan datang.



9.30-11.00mlm : Muhasabah program-program Nisa' pada sesi lepas
1130-12.00mlm : Minum tengah malam
12.00-2.00pg : Brainstorm program-program Nisa' pada sesi kali ini.
2.00-4.30pg : Ibadah sunyi
4.30-5.30pg : Qiamulalail dan bersahur
5.30-6.00pg : Subuh berjemaah
6.00pg : Bersurai




Alhamdulillah, hasil daripada retreat Nisa' ini, beberapa program telah berjaya dibincangkan dan telah berada dalam taqwim Nisa', hanya tinggal untuk dijayakan sahaja. Insyaallah, nantikan semua program-program Nis' yang lebih bermutu pada sesi kali ini
.


Mudah-mudahan segala perancangan kami selaras dengan perancangan Yang Maha Esa. Insyaallah.

Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~