Tuesday, September 1, 2009

Laporan Mesyuarat ke- 2 PAKAT '09

Pada 29 Ogos 2009, Sabtu yang lalu, mesyuarat ke-2 PAKAT 09 telah diadakan di Arena, JUSCO Taman Universiti kira-kira jam 10.30 pagi.. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh beberapa orang AJK PAKAT '09 iaitu 'Uyun, Kak Zi, Husna, Jawahir dan Farah Hijanah..Terdapat beberapa agenda yang telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut..Antaranya ialah Bengkel PAKAT 09 yang akan diadakan pada 1 September 2009 bertempat di PASTI Siswa 3, Taman Pulai Utama.. Bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk menjelaskan dan menerangkan sedikit sebanyak tentang modul, tentatif program, dan latar belakang famili angkat semasa Program PAKAT diadakan nanti.. Jumlah peserta yang akan terlibat dalam program PAKAT 09 adalah seramai 18 orang..


Agenda ke-2 yang turut dibincangkan ialah sumber kewangan yang telah diperolehi..Secara umumnya, sumber kewangan yang telah diperolehi adalah amat memberangsangkan kerana melebihi daripada apa yg telah dijangka..Alhamdulillah..Tambahan pula, ada pihak yang sudi menyumbangkan bekalan seperti beras, dan sumber makanan yang lain..

Hasil daripada usaha dan follow-up daripada Unit Amal, jumlah famili angkat yang berjaya melibatkan diri dalam program PAKAT 09 kali adalah sebanyak 8 buah famili.. Mengikut perancangan dianggarkan sebanyak 10 buah famili, akan tetapi disebabkan terdapat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, maka hanya 8 buah famili sahaja yang terlibat..Kebanyakan famili yang terlibat ini mempunyai latar belakang keluarga yang miskin, kurang bekalan air dan elektrik, tidak menunaikan kewajipan seperti solat dan puasa..

Justeru itu, Program PAKAT ini sememangnya memberi peluang dan kesempatan kepada ahli Nisa' untuk menunaikan kewajipan kita sebagai seorang muslim yang bertanggungjawab dalam membimbing dan memberi pendedahan kepada famili angkat peserta PAKAT ini nanti..InsyaAllah..


Agenda yang lain yang juga turut dibincangkan adalah pemilihan menu untuk berbuka puasa dan bersahur semasa di rumah famili angkat nanti.. Di samping itu, tidak ketinggalan juga keperluan barang-barang basah dan kering dibincangkan..

Mesyuarat PAKAT berakhir kira-kira jam 12.30 tengahari.. InsyAllah, mudah-mudahan segala perancangan AJK PAKAT 09 akan mendapat keredhaan dan keberkatan dariNya..sesungguhNya setiap usaha dan keringat AJK dan peserta PAKAT kali ini akan dinilai dan mendapat ganjaran dari Yang Maha Esa ....
Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~

Friday, August 21, 2009

SALAM RAMADHAN..TAWARAN ISTIMEWA!!selamat meningkatkan amal ibadat..selamat bersahur dan selamat berbuka

:: TEMPAHAN NISA' CATERING ::

Alhamdulillah, kita semua masih dipanjangkan umur untuk berada di bulan Ramadhan kali ini. Bersama-sama kita meningkatkat amal ibadat kita secara berterusan. Moga kita semua merasai keberkatan dan ketenangan di bulan yang mulia ini.

Nisa' Catering menyediakan tawaran hebat buat semua yang berada di sekitar Taman Universiti, Taman Pulai Utama dan kawasan yang setempat dengannya. Kami menawarkan perkhidmatan penyediaan makanan untuk bersahur dan berbuka puasa. Untuk berbuka puasa, kami juga menerima tempahan untuk menghidang makanan. Tempahan dan perbincangan boleh terus berhubung dengan Ketua Chef kami, Kak Zi di talian 0197713662 atau Nisa' Catering 075204031.

Di sini kami attachkan menu bersahur sepanjang bulan Ramadhan ini.

1 RAMADHAN = NASI GORENG CINA + AYAM GORENG KUNYIT
2 RAMADHAN = NASI PUTIH + IKAN SAMBAL + SAYUR SAWI GORENG CHAP CHAI
3 RAMADHAN = NASI PUTIH + DAGING MASAK KICAP + SAYUR BAYAM AIR
4 RAMADHAN = NASI PUTIH + TELUR MASAM MANIS + SAYUR CAMPUR
5 RAMADHAN = NASI GORENG KAMPUNG + TELUR DADAR
6 RAMADHAN = NASI PUTIH +AYAM MASAK LEMAK CILI PADI + TAUGEH KICAP
7 RAMADHAN = NASI PUTIH + IKAN GORENG TEPUNG + SAYUR PUCUK
8 RAMADHAN = NASI PUTIH + KARI DAGING + ACAR TIMUN
9 RAMADHAN = NASI LEMAK = SAMBAL IKAN BILIS = TELUR REBUS
10 RAMADHAN = NASI PUTIH + AYAM GORENG WANGGE + SAYUR LEMAK KOBIS
11 RAMADHAN = NASI PUTIH + TELUR DADAR + SUP SAYUR
12 RAMADHAN = NASI PUTIH + IKAN TAUCU + UBI KENTANG GORENG KICAP
13 RAMADHAN = NASI DAGING + KURMA + AIR ASSAM
14 RAMADHAN = NASI PUTIH + AYAM PAPRIK + ULAM TIMUN
15 RAMADHAN = NASI PUTIH + TOM YAM AYAM
16 RAMADHAN = NASI PUTIH + IKAN GORENG + SAYUR KAILAN IKAN MASIN
17 RAMADHAN = NASI GORENG AYAM
18 RAMADHAN = NASI PUTIH + KARI TELUR + KACANG PANJANG GORENG KUNYIT
19 RAMADHAN = NASI PUTIH + RENDANG PEDAS AYAM + SAYUR KOBIS KICAP
20 RAMADHAN = NASI PUTIH + DAGING GORENG HALIA + ULAM & SAMBAL BELACAN
21 RAMADHAN = NASI AYAM

AIR PERCUMA!!

Bayaran penuh untuk 21 hari bersahur adalah RM 60 serta perkhidmatan penghantaran disediakan. Anjakan tarikh mengambil makanan bersahur boleh dibincangkan bersama harganya.

Bagi perkhidmatan penyediaan makanan berbuka puasa dan perkhidmatan menghidang juadah berbuka, boleh dibincangkan menu dan harganya.

Kami memberi jaminan harga yang berpatutan kepada semua.
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA..
by : Nisa' Catering

Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~

Sunday, August 16, 2009

NISA' MENEROBOS GELANGGANG FUTSAL

Aisyah Humaira' Duta Nisa' GP;)

Dengan izinnya, pada pagi Ahad yang segar lagi indah ini, Nisa' sekali lagi berjaya menganjurkan Nisa' In The Morning (NITM) yang bermula seawal jam 7.30 pagi. Kali ini Nisa' berjaya menerobos gelanggang futsal di Taman Pulai Utama. NITM dimulakan dengan senaman warming up yang diketuai oleh Kak Zarith, kemudian diteruskan lagi dengan pengisian dan perbincangan isu semasa yang dikendalikan oleh wakil UPI, Kak Hunaini dan Husna.




Permainan pun dimulakan, Futsal Nisa' diteruskan dengan pembahagian ahli yang hadir kepada dua kumpulan. Setelah itu kelihatan setiap kumpulan berbincang untuk merancang strategi masing-masing. Kumpulan Hitam telah diketua oleh Kak Zi dan kumpulan Merah oleh Kak Azlina. Sesi permainan dimulakan dengan diadili oleh pengadil, Kak Haida bersama Aisyah Umairah ;)


Barisan kumpulan Hitam yang diketuai olah Kak Zi
Barisan kumpulan Merah yang diketuai oleh Kak Azlina

Setelah 15 minit bermain, pengadil memberi waktu rehat kepada pemain selama 10 minit dan permainan diteruskan untuk sesi masa yang kedua pula. Kelihatan semua ahli Nisa' berusaha bersungguh-sungguh untuk menjaringkan gol. Walaupun ini adalah kali pertama Nisa' turun ke gelanggang futsal, tetapi masing-masing telah menunjukkan prestasi yang cemerlang di gelanggang permainan. Pelbagai gaya dan ragam dapat dilihat sewaktu permainan, ada yang mengepit bola, menempis bola, memegang bola dan pelbagai lagi.

. Ahli Nisa' beraksi di gelanggang permainan
Akhirnya pengadil meniup wisel yang menandakan permainan telah tamat. Kumpulan merah berjaya mengatasi kumpulan hitam dengan 2 - 1. Hadiah telah disampaikan oleh Kak Zi selaku ketua Nisa' kepada kedua-dua kumpulan. Moga NITM yang dianjurkan oleh Biro Sukan diteruskan untuk kali yang seterusnya. Bersama kita menjaga kesihatan agar dipermudahkan segala ibadat yang hendak kita lakukan.

Kumpulan Merah telah memenangi permainan dengan mata 2 -1

Kumpulan Hitam juga turut menerima hadiah

Alhamdulillah perancangan yang dirancang telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Semoga Allah terus memudahkan urusan kita seharian. Lagi 6 hari akan tibalah bulan Ramadhan yang amat kita nantikan. Sama-sama lah kita meneguhkan dan meningkatkan amal ibadat kita.


Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~