Friday, August 7, 2009

PROMOSI TEMPAHAN KUIH RAYA

Tawaran Hebat!! Jualan Murah!! Harga Runtuh!! Kami menyediakan tempahan kuih raya pada musim puasa dan perayaan ini. Bandingkanlah harga kami dengan yang lain. Anda pasti tidak akan melepaskan peluang ini.
Khas buat warga UTM Skudai dan penduduk di sekitar kawasan ini, anda boleh membuat tempahan kuih raya ini kepada Cik Nor Azlina 013-7977289.
Kunjungi kami di Gerai Karnival Wanita o9 (KAWAN 09) di Tapak Kokurikulum, UTM Skudai, bermula pada hari ini, Jumaat sehingga hari Ahad 9 Ogos 2009. Pelbagai lagi barangan khas buat muslimat dijual di gerai ini, di antaranya T-shirt labuh, tudung labuh, tudung 60 inc, jubah, dan stokin.



Kuantiti 50 biji, RM 18.00

Kuantiti 50 biji, RM 17.00
Kuantiti 50 biji, RM18.00


Kuantiti 50 biji, RM 19.00

Kuantiti 50 biji, RM 19.00

Kuantiti 50 biji, RM 19.00

Kuantiti 50 biji, RM 17.00

Kuantiti 50 biji, RM 17.00

Kuantiti 50 biji, RM 17.00

Kuantiti 50 biji, RM 17.00

Kuantiti 50 biji, RM 17.00

Kuantiti 50 biji, RM 18.50

Kuantiti 50 biji, RM 17.50

Kuantiti 50 biji, RM 19.50

Kuantiti : 50 biji RM 18.50
Kuantiti 1/2 kg RM 11.50

Kuantiti 50 biji RM 18.50
Kuantiti 50 biji RM 18.50
Kuantiti 50 biji RM 17.00

Kuantiti 50 biji RM 18.50


Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~

Sunday, August 2, 2009

Sekitar gerak kerja PAKAT'09

Laporan oleh : Nurul 'Uyun Binti Ahmad (UKK)

Satu sesi mesyuarat PAKAT'09 telah diadakan baru-baru ini bersama jawatankuasa Kg. Ladang, Gelang Patah dan Nisa' GP. Mesyuarat pertama ini berjalan dengan lancar dan mendapat maklum balas yang positif daripada pihak jawatankuasa Kg. Ladang atas penganjuran PAKAT'09. Semoga program yang kami aturkan ini selari dengan aturan Allah Taala dan mendapat bimbingan daripadaNya. Insyaallah.

Sekitar mesyuarat pertama Pakat'09 (Program Khidmat Masyarakat/Prgram Anak Angkat 2009)

Pengarah membentangkan kertas kerja.


Ketua Nisa' GP memberikan cadangan penambahbaikkan program kepada pengarah


Teliti - mendengar, menghadam dan memberi maklum balas

Pesanan pengarah :

1. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam mesyuarat tersebut. Walaupun penat dengan urusan masing-masing disiang hari, berkat iltizam kita yang mapan, Allah izinkan mesyuarat ini berjalan dengan baik. Alhamdulillah.

2. Kepada ahli Nisa' yang berminat untuk menjadi salah seorang peserta program ini, sila maklumkan kepada saya dengan kadar segera. Anda pasti teruja!

Biiznillah.

-Ketua UKK-
Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~

Saturday, August 1, 2009

KENDARAT

'KENDARAT' perkataan yang biasa digunakan bagi membantu perjalanan kenduri perkahwinan di negeri Johor. Alhamdulillah pada 1 Ogos kali ini, Nisa' diberi peluang untuk bersama-sama menjayakan majlis perkahwinan pasangan sedondon ini Farah & Faisal.


Majlis telah bermula seawal jam 12 tengahari sehinggalah ke jam 4 ptg. Sungguh ramai tetamu yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan ini. Majlis ini diadakan di rumah alumni UTM Skudai. Team Nisa' seramai 12 orang telah berada di sana seawal jam 10 pagi bagi menyiapkan persediaan hidangan makanan di bahagian luar dan dalam dewan.

Team Nisa' telah ditugaskan menyelia kawasan hidangan di bahagian luar dan separuhnya di bahagian dalam dewan. Antara jam 1 - 2 petang adalah waktu kemuncak tetamu hadir. Tidak menang tangan kami dibuatnya.:)


Apabila tetamu semakin berkurangan, kami mengambil peluang untuk menggantikan tenaga yang telah hilang, manjamu selera bersama-sama Mak cik - mak cik Catering yang didatangkan khas untuk majlis perkahwinan ini.

Lebih kurang jam 5 petang. Team Nisa' mampu tersenyum kembali kerana kerja-kerja Kendarat telah disiapkan.


Tidak melepaskan peluang untuk naik ke atas pelamin pengantin yang tersergam indah. Moga saat bahagia seperti ini akan tiba juga buat sahabat-sahabat Nisa' . :)Siapa dulu ye? Nantikan ;)
Buat pasangan Faisal & Farah, Selamat Pengantin Baru kami ucapkan. Tahniah, moga perhubungan ini berkekalan dan berpanjangan sehingga ke akhir hayat. Insyaallah. Bersamalah kita membina "Baitul Muslim" yang sebenar-benarnya.
Terima kasih kepada sahabat-sahabat Nisa' di atas penglibatan kalian. Moga mendapat ganjaran di sisiNya.
Seribu kemaafan kami hulurkan daripada semua yang terlibat dengan Majlis Perkahwinan di atas segala kekurangan sepanjang majlis berlangsung.
Kepada pihak tuan rumah, terima kasih yang tidak terhingga kerana telah menjemput kami sebagai team Kendarat untuk majlis ini. Kami pulang dengan pengalaman dan inspirasi baru. ;).

Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~