Saturday, August 1, 2009

KENDARAT

'KENDARAT' perkataan yang biasa digunakan bagi membantu perjalanan kenduri perkahwinan di negeri Johor. Alhamdulillah pada 1 Ogos kali ini, Nisa' diberi peluang untuk bersama-sama menjayakan majlis perkahwinan pasangan sedondon ini Farah & Faisal.


Majlis telah bermula seawal jam 12 tengahari sehinggalah ke jam 4 ptg. Sungguh ramai tetamu yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan ini. Majlis ini diadakan di rumah alumni UTM Skudai. Team Nisa' seramai 12 orang telah berada di sana seawal jam 10 pagi bagi menyiapkan persediaan hidangan makanan di bahagian luar dan dalam dewan.

Team Nisa' telah ditugaskan menyelia kawasan hidangan di bahagian luar dan separuhnya di bahagian dalam dewan. Antara jam 1 - 2 petang adalah waktu kemuncak tetamu hadir. Tidak menang tangan kami dibuatnya.:)


Apabila tetamu semakin berkurangan, kami mengambil peluang untuk menggantikan tenaga yang telah hilang, manjamu selera bersama-sama Mak cik - mak cik Catering yang didatangkan khas untuk majlis perkahwinan ini.

Lebih kurang jam 5 petang. Team Nisa' mampu tersenyum kembali kerana kerja-kerja Kendarat telah disiapkan.


Tidak melepaskan peluang untuk naik ke atas pelamin pengantin yang tersergam indah. Moga saat bahagia seperti ini akan tiba juga buat sahabat-sahabat Nisa' . :)Siapa dulu ye? Nantikan ;)
Buat pasangan Faisal & Farah, Selamat Pengantin Baru kami ucapkan. Tahniah, moga perhubungan ini berkekalan dan berpanjangan sehingga ke akhir hayat. Insyaallah. Bersamalah kita membina "Baitul Muslim" yang sebenar-benarnya.
Terima kasih kepada sahabat-sahabat Nisa' di atas penglibatan kalian. Moga mendapat ganjaran di sisiNya.
Seribu kemaafan kami hulurkan daripada semua yang terlibat dengan Majlis Perkahwinan di atas segala kekurangan sepanjang majlis berlangsung.
Kepada pihak tuan rumah, terima kasih yang tidak terhingga kerana telah menjemput kami sebagai team Kendarat untuk majlis ini. Kami pulang dengan pengalaman dan inspirasi baru. ;).

Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~

Monday, July 27, 2009

NISA' in the MORNING (NITM)

Laporan disediakan oleh Noor Jawahir Bt A.Raman (UKK)


Alhamdulillah, pada 26 Julai 2009, Nisa G.P telah menganjurkan program 'NISA IN THE MORNING' (NITM). Program ini telah diadakan pada 7 pagi hingga 2 petang, di Taman Mutiara Rini. Alhamdulillah kehadiran 17 orang ahli-ahli Nisa' G.P telah memeriahkan program ini. Matlamat utama NITM adalah untuk melahirkan generasi NISA' G.P yang mengamalkan cara hidup sihat dan aktif dalam kehidupan harian.

Antara aktiviti menarik yang telah dilakukan;

Sempat lagi posing bergambar selepas melakukan aerobik dengan orang awam secara berkumpulan.


Skuad Nisa G.P sedang melakukan senaman tradisional cina iaitu Tai-Chi. Dengan diketuai oleh Aina, ketua BS, kami telah melakukan Tai-Chi sebanyak 2 pusingan. Bagi penulis, senaman ini memang berbeza daripada senaman2 lain kerana ia melatih kita untuk membaiki cara pernafasan kita supaya berfungsi dengan lebih baik dan gerakannya memang perlahan. Kiranya, bagi sesiapa yang jarang bersenam atau memang tidak pernah bersenam, otot-otot badannya tidak akan 'terkejut'. Jadi kecederaan otot badan dapat dielakkan dan badan pun sihat.

Tolak, jangan tak tolak.

Sesi taaruf ahli-ahli Nisa' G.P dalam halakah pagi. Setiap ahli wajib memperkenalkan diri, memberitahu perkembangan semasa masing-masing dan wajib menjawab soalan spontan dari ahli Nisa' G.P. Selain itu, kami turut berbincang tentang isu-isu semasa.


Alhamdulillah, setelah penat beriadah di pagi hari, ahli-ahli Nisa' G.P telah dijamukan dengan nasi ayam penyek di U Mall.


Sesi kedua skuad Nisa' G.P makan. Sesi makan makanan ringan sahaja (kaya ball, chocholate wafer sambil tunggu sahabat2 lain membeli handset baru di Handset Fair di U Mall @ Gaint, Taman Universiti.

Last but not least, penulis berharap NITM diadakan secara berterusan dan komitmen ahli-ahli Nisa' G.P amat diharapkan.

::STRIVE FOR MARDHATILLAH::

Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~

Sunday, July 19, 2009

Kembara Nisa' ke Kebun Buah

Musim buah hampir berlalu. Masih kelihatan ramai penjaja membuka gerai terutama sekali di tepi-tepi jalan bagi mengabiskan buah-buahan masing-masing. Buah durian, rambutan dan manggis menjadi rebutan para pembeli apabila tiba musim buah ini.


Team Nisa' kali ini tidak melepaskan peluang untuk menikmati suasana dan musim buah c- buahan ini. Kami telah berada di perkampungan Pekan Nenas pada hari Ahad, 19 Julai 2009 untuk mengutip buah-buahan di kebun Mak Cik yang amat baik hati :)



Akhirnya Team Nisa' pulang dengan hati yang senang dan gembira pada petang itu. Alhamdulillah, banyak buah-buahan yang telah kami perolehi, rezeki la katakan. ;) Antaranya buah rambutan, pulasan, rambai dan durian.




Insyaallah, kami akan kembali lagi ke kampung ini bagi melaksanakan matlamat dakwah kami. Kembara Nisa' kali ini lebih kepada untuk melihat situasi dan keadaan perkampungan, menuntut serba sedikit ilmu, bertukar-tukar cerita dengan Mak Cik mengenai keadaan kampung tersebut dan lebih kepada aktiviti santai kami di hujung minggu. Moga Allah terus melimpahkan rezeki kepada Mak Cik. Insyaallah. Terima Kasih yang tidak terhingga dari kami Team Nisa' Gelang Patah.

Klik 'Like' untuk sebarkan...
MOHON SEBARKAN~ TERIMA KASIH~